X

Kindly register in order to view this article
!

Khatam al-Quran setiap malam ikhtiar 'halau' Covid-19

Fakhrurrozi membaca al-Quran dari rumahnya di Gual Periok dan diikuti rakan-rakannya di rumah masing-masing.
A
A

RANTAU PANJANG - Sekumpulan bekas pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Sungai Golok, Thailand mengambil inisiatif dengan khatam al-Quran setiap malam sebagai ikhtiar memohon pertolongan dari ALLAH supaya segera menghapuskan virus Covid-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.

Wakilnya, Fakhrurrozi Fauzi berkata, setiap malam mereka akan membuat agihan surah sebelum memulakan bacaan.

"Selepas itu, kami akan mulakan bacaan secara serentak di rumah masing-masing.

"Sejurus khatam al-Quran, kami akan berdoa memohon pertolongan dari ALLAH supaya semua kesulitan yang sedang melanda ketika ini pulih secepat mungkin," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Katanya, beliau memohon seluruh umat Islam untuk melakukan perkara yang sama dengan memperbanyakkan lagi bacaan al-Quran.

"Inilah masa yang terbaik untuk kita kembali membudayakan semula bacaan al-Quran.

"Bila banyak baca al-Quran secara tidak langsung kita dapat mendekatkan lagi diri kepada ALLAH selain memahami isi kandungan kitab suci itu," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus