AS diam-diam mahu duduki Gaza dengan 'Project Sunrise'

WASHINGTON - Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kembali dengan idea mengarut untuk mengubah Genting Gaza menjadi metropolis futuristik dan berteknologi tinggi.
Rancangan di bawah 'Project Sunrise' itu didedahkan The Wall Street Journal pada Jumaat memetik kenyataan pegawai di Washington yang membongkar kandungan pembentangan PowerPoint oleh pasukan diketuai menantu Presiden, Jared Kushner dan Wakil Khas AS ke Asia Barat, Steve Witkoff yang dilabel sebagai 'sensitif, namun tidak diklasifikasikan'.
Slaid tersebut memaparkan pelan menjadikan Gaza sebagai 'Riviera Asia Barat' dilengkapi resort mewah di tepi pantai, kereta api laju, grip pintar dioptimumkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan hab pengangkutan moden.
"Slaid pembentangan itu telah dikongsi dengan negara penderma berpotensi seperti Turkiye dan Mesir. Cadangan itu bagaimanapun tidak memperincikan syarikat atau negara yang akan membiayai projek kontroversi tersebut," menurut laporan itu lagi.
Ia melibatkan pelan tindakan selama lebih 20 tahun termasuk usaha pembinaan semula berperingkat dari selatan ke utara Gaza.
Jumlah kos untuk inisiatif tersebut dianggarkan berjumlah AS$112.1 bilion (RM457 bilion) untuk tempoh 10 tahun dan Bank Dunia juga dijangka terlibat dalam pembiayaan projek tersebut. - Agensi
Ringkasan AI
- Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mencadangkan mengubah Genting Gaza menjadi metropolis futuristik Rancangan 'Project Sunrise' dipaparkan dalam pembentangan PowerPoint oleh pasukan diketuai Jared Kushner Pelan menjadikan Gaza sebagai 'Riviera Asia Barat' dengan resort mewah, kereta api laju dan teknologi kecerdasan buatan Slaid pembentangan dibahagikan dengan negara penderma berpotensi tanpa memperincikan pembiayaan Projek ini melibatkan pelan tindakan 20 tahun dengan anggaran kos AS$112.1 bilion dan kemungkinan libatkan Bank Dunia
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

