Tujuh gajah mati dirempuh kereta api

Rempuhan kuat kereta api yang membawa penumpang menyebabkan tujuh gajah liar mati di tempat kejadian. Foto: Agenai
Rempuhan kuat kereta api yang membawa penumpang menyebabkan tujuh gajah liar mati di tempat kejadian. Foto: Agenai
A
A
A

NEW DELHI - Sekumpulan tujuh gajah liar mati selepas dirempuh kereta api yang membawa penumpang di Assam, India pada Sabtu, lapor media tempatan.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 2.17 pagi itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada penumpang.

Menurut laporan itu, anak gajah yang turut tercedera dalam kejadian itu telah diselamatkan oleh pegawai Jabatan Perhutanan.

Kereta api yang dalam perjalanan dari Sairang ke Terminal Anand Vihar itu dikatakan gagal berhenti selepas ternampak sekumpulan gajah tiba-tiba muncul di atas landasan menyebabkan lima gerabak tergelincir.

Pihak Jabatan Kereta api memaklumkan bahawa tindakan pantas telah diambil dan penumpang telah selamat tiba di destinasi masing-masing.

Kejadian itu bagaimanapun telah menyebabkan gangguan perkhidmatan rel di laluan utara Assam dan timur laut India.

Tujuh gajah liar mati selepas dirempuh kereta api di Assam, India. Foto: Animal Saviors
Tujuh gajah liar mati selepas dirempuh kereta api di Assam, India. Foto: Animal Saviors

Pihak berkuasa telah menetapkan had kelajuan di lokasi yang dikenal pasti sebagai laluan gajah namun, kejadian itu berlaku di luar zon berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Rangkaian perkhidmatan kereta api berkembang pesat di India kini menjadi ancaman besar kepada hidupan liar terutama gajah.

Kerajaan telah mengenal pasti 77 laluan kereta api di 14 negeri dan statistik dari tahun 2010 hingga 2024, sekurang-kurangnya 186 gajah mati di negara itu akibat perlanggaran dengan tren.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!