Mayat wanita dalam beg: Seorang lagi lelaki ditahan bantu siasatan

Seorang lagi lelaki ditahan berkaitan dengan kes penemuan mayat wanita dalam beg di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas.
Seorang lagi lelaki ditahan berkaitan dengan kes penemuan mayat wanita dalam beg di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas.
A
A
A

SEREMBAN - Polis menahan seorang lagi lelaki bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4 Pedas, Rembau semalam.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, lelaki berusia awal 50-an itu ditahan di sekitar Genting Sempah, Pahang petang tadi.

"Dengan penahanan itu, menjadikan dua lelaki ditahan untuk bantu siasatan kes ini dan siasatan masih dilakukan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Media hari ini melaporkan seorang lelaki ditahan di Melaka, semalam bagi membantu siasatan kes penemuan mayat wanita dalam beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas, di sini.

Lelaki itu kemudian direman selama seminggu hingga Khamis ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- Bernama

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis menahan seorang lagi lelaki bagi membantu siasatan kes penemuan mayat wanita dalam beg yang ditanam di belakang rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4 Pedas, Rembau
  • Lelaki berusia awal 50-an ditahan di sekitar Genting Sempah, Pahang
  • Penahanan menjadikan jumlah dua lelaki yang ditahan untuk membantu siasatan kes ini
  • Seorang lelaki sebelum ini sudah ditahan di Melaka bagi membantu siasatan kes sama
  • Lelaki yang ditahan di Melaka direman selama seminggu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!