Jaheaik terima laporan kes rogol suka sama suka remaja bawah umur

KOTA BHARU – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) telah menerima laporan berkaitan kes rogol suka sama suka yang melibatkan remaja perempuan bawah umur, sebagaimana dimaklumkan oleh Polis Kelantan pada Khamis.
Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri, Mohd Asri Mat Daud ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut namun tidak dapat memberikan sebarang ulasan lanjut.
Menurutnya, hal itu masih dalam proses penelitian perundangan melibatkan kes-kes yang telah diangkat kepada pihak berkuasa.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa kes rogol suka sama suka, yang dikenal pasti sebagai melibatkan persetujuan bersama antara remaja perempuan berusia 16 tahun ke bawah dengan lelaki, akan dirujuk kepada Jaheaik untuk tindakan lanjut di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, langkah itu bertujuan untuk membolehkan pendakwaan dilakukan terhadap remaja perempuan bawah umur yang terlibat dalam perlakuan tersebut.
Beliau memaklumkan bahawa keputusan itu dicapai hasil mesyuarat bersama Jaheaik yang diadakan kira-kira dua bulan lalu.
Ringkasan AI
- Laporan kes rogol suka sama suka melibatkan remaja perempuan bawah umur sudah diterima oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan
- Mohd Asri Mat Daud mengesahkan perkara tersebut tetapi tidak dapat berikan ulasan lebih lanjut
- Hal ini masih dalam proses penelitian perundangan
- Kes rogol suka sama suka akan dirujuk kepada Jaheaik untuk tindakan lanjut di bawah Mahkamah Syariah
- Pendakwaan akan dilakukan ke atas perempuan bawah umur yang terlibat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

