X

Kindly register in order to view this article
!

NGO perlu hantar bantuan ke pusat pengumpulan JKM daerah: Ismail Sabri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan menghargai penglibatan dan keprihatinan badan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu pihak yang terkesan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menghantar makanan atau keperluan asas ke rumah-rumah.

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta supaya NGO yang ingin membantu menghantar bantuan tersebut ke pusat yang diwujudkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementerian Wanita dan Keluarga di setiap daerah sebelum disalurkan kepada mereka memerlukan.

Menurutnya, anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) akan digerakkan untuk menghantar barang makanan dan keperluan asas itu kepada penduduk setempat.

"Kita mahu mengurangkan pergerakan ketika PKP dilaksanakan. Kita tidak boleh benarkan sebahagian bebas bergerak atas alasan untuk menghantar bantuan.

"Langkah terbaik mengurangkan pergerakan dan risiko penyebaran Covid-19 ini ialah kita jadikan hanya pusat pengumpulan (JKM) daerah.

"Kita tak mahu terlalu banyak pergerakan berlaku kerana memberi kesan kepada rakyat. Kita alu-alukan usaha membantu rakyat tetapi peraturan mesti dipatuhi," katanya pada sidang akhbar (non-health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!