X

Kindly register in order to view this article
!

ADUN Senai persoal inisiatif kerajaan Johor untuk kebajikan rakyat

Boon Tsong
A
A

JOHOR BAHRU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senai, Tee Boon Tsong mempertikaikan cara kerajaan Johor menjaga kebajikan rakyat negeri ini ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau yang juga Setiausaha Politik Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong mempersoalkan mengenai langkah yang akan dilaksanakan kerajaan negeri bagi memastikan bekalan makanan mencukupi dalam pasaran dengan harga yang stabil.

Selain itu, beliau turut mempersoal penyelesaian masalah bekalan topeng muka dan cecair pembasmi kuman yang masih berkurangan di pasaran sejak seminggu lalu.

"Berapakah topeng muka daripada 10 juta topeng muka yang diumumkan Menteri Pengangkutan akan dihantarkan ke Johor?

"Tidak terlupa juga isu pekerja-pekerja yang perlu kerja di Singapura, apakah garis panduan yang disediakan untuk membantu mereka mendapat keizinan?

"Kedua, apakah tindakan yang akan diambil kerajaan negeri untuk menjaminkan kehidupan golongan kurang kemampuan boleh diteruskan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, peruntukan RM20,000 secara one off yang disalurkan kerajaan negeri untuk 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dilihat tidak mencukupi bagi tempoh 14 hari pertama pelaksanaan PKP.

Boon Tsong turut mempersoalkan adakah mana-mana yayasan atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terlibat dalam pengagihan peruntukan tersebut.

Selain insentif-insentif yang diumumkan Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad, Boon Tsong berkata, tidak ada tindakan susulan yang berkesan daripada pihak kerajaan negeri termasuk barisan Exco dalam memerangi penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Beliau berharap kerajaan negeri termasuk kerajaan Persekutuan yang kini dipimpin Perikatan Nasional (PN) dapat memberikan jawapan tepat dan jujur terhadap persoalan-persoalan yang dibangkitkan itu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus