[VIDEO] Bunuh, simpan mayat isteri: Khairul Rizuan berdepan hukuman mati

A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan membunuh isterinya pada 8 Disember lalu.

Tertuduh, Khairul Rizuan Abdullah, 28 hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada lelaki itu kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Khairul Rizuan didakwa membunuh Wan Khairul Safinah Ishak, 44 di sebuah rumah flat di Jalan Tuna, Seberang Jaya pada 8 Disember lalu kira-kira jam 4 petang.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun serta sebat tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Anis Suhada Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkan 10 Februari depan untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia dan laporan bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, tertuduh yang memakai baju berwarna kelabu tiba di mahkamah pada jam 8.50 pagi menaiki kenderaan pacuan empat roda dan diiringi anggota polis.

Tertuduh dipercayai menyimpan mayat isterinya selama empat hari selepas membunuh wanita tersebut di rumah mereka di Jalan Tuna di sini.
Tertuduh dipercayai menyimpan mayat isterinya selama empat hari selepas membunuh wanita tersebut di rumah mereka di Jalan Tuna di sini.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan seorang lelaki dipercayai menyimpan mayat isterinya selama empat hari selepas membunuh wanita tersebut di rumah mereka di Jalan Tuna di sini.

Difahamkan, perbuatan suspek itu terbongkar selepas dia sendiri membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan pada pagi 11 Disember lalu.

Pemeriksaan polis membawa kepada penemuan mayat wanita berusia 44 tahun itu di dalam bilik belakang rumah berkenaan dengan kesan kelar pada bahagian leher dipercayai akibat senjata tajam.

Suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kesalahan dadah dan jenayah.

Tertuduh diiringi polis ketika dibawa ke Mahkamah Bukit Mertajam, pada Khamis.
Tertuduh diiringi polis ketika dibawa ke Mahkamah Bukit Mertajam, pada Khamis.

Difahamkan mangsa berkahwin dengan suspek sejak dua tahun lalu, yang juga perkahwinan kali ketiganya

Siasatan mendapati suspek bertindak sedemikian kerana bermotifkan cemburu.

Ringkasan AI

  • Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam atas tuduhan membunuh isterinya pada 8 Disember Khairul Rizuan Abdullah, 28, didakwa membunuh Wan Khairul Safinah Ishak, 44, di sebuah rumah flat di Jalan Tuna, Seberang Jaya Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan sebat Mayat wanita itu ditemukan di dalam bilik belakang rumah mereka dengan kesan kelar pada leher akibat senjata tajam Suspek mempunyai rekod lampau kesalahan dadah dan jenayah, bertindak kerana cemburu, berkahwin dengan mangsa selama dua tahun

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!