Lelaki disyaki bunuh isteri, simpan mayat empat hari

SEBERANG JAYA – Seorang lelaki dipercayai menyimpan mayat isterinya selama empat hari selepas membunuh wanita tersebut di rumah mereka di Jalan Tuna di sini.
Difahamkan, perbuatan suspek berusia 28 tahun itu terbongkar selepas dia sendiri membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan pada pagi Khamis.
Kejadian dilaporkan berlaku di kediaman mereka di tingkat dua sebuah pangsapuri di kawasan berkenaan.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Beliau berkata, satu kenyataan media berhubung kes berkenaan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki menyimpan mayat isterinya selama empat hari setelah membunuhnya di Jalan Tuna, Seberang Jaya
- Suspek berumur 28 tahun membuat laporan polis tentang kejadian tersebut pada pagi Khamis
- Kejadian berlaku di kediaman mereka yang terletak di tingkat dua sebuah pangsapuri
- Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail mengesahkan kejadian tersebut
- Kenyataan media tentang kes ini akan dikeluarkan dalam masa terdekat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

