Ketua Menteri India tarik purdah wanita Muslim cetus kemarahan

Klip yang menjadi tular itu mengundang kemarahan banyak pihak dan ramai menuntut permohonan maaf Kumar kepada wanita tersebut. - Foto Agensi
Klip yang menjadi tular itu mengundang kemarahan banyak pihak dan ramai menuntut permohonan maaf Kumar kepada wanita tersebut. - Foto Agensi
A
A
A

PATNA - Sebuah video tular memaparkan tindakan keterlaluan seorang menteri dalam satu acara di India.

Klip yang mencetuskan kemarahan banyak pihak termasuk warganet itu memaparkan perbuatan Ketua Menteri Bihar, Nitish Kumar yang tidak semena-mena menarik purdah dipakai seorang doktor wanita dalam satu majlis di Patna.

Insiden mengejutkan itu berlaku ketika Kumar sedang menyampaikan surat pelantikan kepada kumpulan petugas perubatan.

Kumpulan hak asasi berang dengan tindakannya meskipun ada segelintir yang mempertahankan beliau.

"Ia jelas satu bentuk serangan terhadap maruah, autonomi dan identiti seseorang wanita. Perbuatan itu sememangnya tidak boleh diterima. Tiada individu berhak mengawal kepercayaan atau pakaian wanita Muslim.

"Pelanggaran itu menuntut kecaman dan akauntabiliti yang tegas. Tindakan segera perlu diambil bagi mengelakkan kejadian serupa daripada berulang kepada wanita lain," tegas Pengerusi Lembaga Amnesty International India, Aakar Patel.

Ketika ini, banyak pihak termasuk parti pembangkang, Parti Kongres turut mempersoalkan kesihatan mental Kumar. - Agensi

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Video tular memaparkan tindakan Ketua Menteri Bihar, Nitish Kumar menarik purdah doktor wanita
  • Insiden berlaku ketika menyampaikan surat pelantikan kepada petugas perubatan
  • Tindakan Kumar menimbulkan kemarahan kumpulan hak asasi dan warganet
  • Amnesty International India mengutuk tindakan tersebut sebagai serangan terhadap maruah wanita
  • Parti pembangkang mempertanyakan kesihatan mental Nitish Kumar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!