Jenazah nenek ditikam cucu selamat dikebumikan

Proses pengebumian dihadiri kira-kira 50 ahli keluarga dan penduduk kampung. Foto ihsan pembaca
Proses pengebumian dihadiri kira-kira 50 ahli keluarga dan penduduk kampung. Foto ihsan pembaca
A
A
A

BALING - Jenazah warga emas maut akibat ditikam cucu pada Selasa, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakai di sini pada Rabu.

Proses pengebumian yang dihadiri kira-kira 50 ahli keluarga dan penduduk kampung itu selesai sekitar jam 9.05 malam.

Terdahulu, jenazah yang dibawa dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, tiba di rumahnya di Kampung Baru Bakai kira-kira jam 8 malam sebelum dibawa ke Masjid Jamek Kampung Surau Bakai untuk disembahyangkan.

Jenazah mangsa maut akibat ditetak cucu selamat dikebumikan. Foto ihsan pembaca
Jenazah mangsa maut akibat ditetak cucu selamat dikebumikan. Foto ihsan pembaca

Sebelum ini, media melaporkan, seorang warga emas berusia 65 tahun maut ditikam cucu sementara ibu mangsa, berusia 80 tahun cedera parah di leher akibat ditetak.

Cucu lelaki berusia 21 tahun berstatus Orang Kurang Upaya (OKU), disyaki mengalami halusinasi semasa kejadian sebelum mengamuk dan menyerang kedua-dua mangsa.

Suspek ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jenazah warga emas yang maut ditikam cucu telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakai
  • Proses pengebumian dihadiri oleh kira-kira 50 ahli keluarga dan penduduk kampung
  • Jenazah dibawa dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah dan tiba di rumahnya sebelum dibawa ke masjid untuk disembahyangkan
  • Warga emas berusia 65 tahun maut ditikam oleh cucu yang mengalami halusinasi dan ibunya cedera parah
  • Cucu yang berstatus OKU ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!