Suara Ketua Polis Melaka disalah guna untuk kutipan dana

Rakaman video tular yang telah dipadamkan pada Selasa.
Rakaman video tular yang telah dipadamkan pada Selasa.
A
A
A

MELAKA - Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar menafikan sebarang penglibatan dalam memberi sokongan terhadap kutipan dana seperti tular di media sosial baru-baru ini.

Rakaman video itu tersebar di aplikasi TikTok sejak Selasa namun telah diturunkan pada hari sama.

Dzulkhairi berkata, rakaman suara yang didakwa menggunakan suaranya itu dipercayai telah dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

“Itu adalah AI. Suara saya kononnya memberi sokongan kepada kutipan dana dan sebagainya.

“Benda ini memang saya tak ambil pusing kerana kalau kita dengar pun, kita tahu ia bukan suara sebenar.

"Sekarang ini macam-macam suara digunakan, bukan suara saya sahaja, suara ketua-ketua dan orang lain pun turut disalah guna,” katanya.

Justeru beliau meminta masyarakat menyemak kesahihan sesuatu berita bagi mengelak terpedaya dengan kandungan palsu.

“Saya berharap masyarakat dapat menilai sama ada sesuatu perkara itu betul atau tidak sebelum mempercayainya,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar menafikan sokongan terhadap kutipan dana yang tular di media sosial
  • Rakaman video berkenaan tersebar di TikTok dan telah diturunkan pada hari yang sama
  • Dzulkhairi menyatakan rakaman suara yang menggunakan suaranya adalah hasil ciptaan kecerdasan buatan
  • Beliau menyatakan kesalahgunaan suara bukan hanya berlaku kepada dirinya tapi juga orang lain
  • Masyarakat diminta menyemak kesahihan berita untuk mengelak terpedaya dengan kandungan palsu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!