Terpaksa 'pasang' telinga putus pada kaki

BEIJING - Seorang wanita di Shandong, China hampir kehilangan telinga kiri selepas terlibat kemalangan mengerikan di tempat kerjanya.
Rambut mangsa dilaporkan tersangkut pada mesin hingga menyebabkan telinga kiri, kulit kepala dan sebahagian kulit pada mukanya tersiat.
Keadaan itu mengakibatkan wanita itu perlu menjalani pembedahan rekonstruktif termasuk memasang semula telinga pada tempat asal.
Namun, pemeriksaan doktor mendapati bahagian yang terputus itu perlu 'dirawat' terlebih dahulu pada kakinya yang mempunyai saluran darah sama seperti di bahagian telinga.
'Rawatan' telinga yang dipasang pada kaki itu dilakukan selama lima bulan sebelum pembedahan akhir yang dibuat pada Oktober lalu.
Prosedur itu dikatakan berdepan kesukaran disebabkan saluran darah dan saraf yang berpintal pada kulit kepala wanita itu.
Tetapi, usaha keras pasukan pakar bedah itu akhirnya berjaya selepas telinga tersebut dapat 'dikembalikan' ke tempat asalnya. - Agensi
Ringkasan AI
- Seorang wanita di Shandong, China hampir kehilangan telinga kiri akibat kemalangan di tempat kerja
- Rambutnya tersangkut pada mesin hingga menyebabkan telinga kiri, kulit kepala dan sebahagian kulit muka terluka
- Wanita tersebut perlu menjalani pembedahan rekonstruktif untuk memasang semula telinga
- Telinga yang terputus dirawat pada kakinya selama lima bulan sebelum pembedahan akhir
- Pasukan pakar bedah berjaya mengembalikan telinga ke tempat asal setelah menghadapi kesukaran dengan saluran darah dan saraf
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

