Pemandu maut kemalangan, kereta putus dua

Seorang lelaki maut manakala kereta Proton Wira dipandunya terputus dua dalam kemalangan di Jengka 11, Bandar Pusat Jengka di sini pada Sabtu.
Seorang lelaki maut manakala kereta Proton Wira dipandunya terputus dua dalam kemalangan di Jengka 11, Bandar Pusat Jengka di sini pada Sabtu.
A
A
A

MARAN - Seorang lelaki maut manakala kereta Proton Wira dipandunya terputus dua dalam kemalangan di Jengka 11, Bandar Pusat Jengka di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, dalam kemalangan kira-kira jam 8.18 pagi itu, mangsa, Amir Zulfadli Azfar Sanudin, 24 tahun mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain sebaliknya kereta dipandu mangsa dipercayai terbabas sendiri.

Keadaan kereta dipandu mangsa yang terbabas di Jengka 11. Foto Polis Maran
Keadaan kereta dipandu mangsa yang terbabas di Jengka 11. Foto Polis Maran

"Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Bandar Pusat Jengka menghala ke Jengka 8.

"Ketika tiba di tempat kejadian, kereta dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri jalan," katanya.

Kim Wai berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki maut dalam kemalangan di Jengka 11, Bandar Pusat Jengka
  • Kereta Proton Wira yang dipandu terputus dua
  • Mangsa bernama Amir Zulfadli Azfar Sanudin, berumur 24 tahun
  • Kemalangan berlaku kerana kereta terbabas sendiri, tidak melibatkan kenderaan lain
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!