Kes penipuan dalam talian meningkat sepanjang Covid-19

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sindiket penipuan dalam talian mengambil kesempatan terhadap situasi terkini koronavirus (Covid-19) dengan terus menghubungi dan memperdaya mangsanya menerusi pelbagai tawaran palsu.

Mereka dikesan melakukan penipuan berkaitan penjualan topeng muka, Macau Scam dan tawaran pinjaman yang tidak wujud sehingga mengakibatkan kes-kes jenayah komersil di negeri ni meningkat dalam bulan ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Johor, Asisten Komisioner Mohd Salleh Abdullah berkata, perbandingan jumlah kes komersil antara Mac setakat ini dan Februari lalu di negeri ini menunjukkan peningkatan ketara dan membimbangkan.

"Bagi Mac, kes penipuan Macau Scam mencatatkan peningkatan tertinggi sebanyak 29 kes bersamaan 103.6 peratus. Diikuti penipuan topeng muka mencatatkan12 kes bersamaan 36.4 peratus.

"Pinjaman tidak wujud pula meningkat sebanyak 14 kes bersamaan 20.3 peratus, " katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak terpedaya dengan tipu helah mereka.

Antara langkah yang boleh diambil katanya, membuat semakan senarai nombor akaun di laman web http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ atau menghubungi talian CCID Infoline 013-2111222.

Menurutnya, orang ramai juga boleh menghubungi bahagian siasatan komersil di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) yang berhampiran.

Artikel Berkaitan:

"Jangan dedahkan maklumat peribadi kepada individu yang tidak dikenali dan tidak mengikuti apa-apa juga iklan dipaparkan di media sosial atau laman web yang mencurigakan.

"Jangan sesekali terpedaya dengan tawaran yang menarik dan murah tanpa melihatnya secara fizikal," katanya.