Lelaki miliki tanduk rusa dijel 10 bulan

Tertuduh dipenjara 10 bulan selepas mengaku bersalah memiliki tanduk rusa di Mahkamah Sesyen Sandakan.
Tertuduh dipenjara 10 bulan selepas mengaku bersalah memiliki tanduk rusa di Mahkamah Sesyen Sandakan.
A
A
A

SANDAKAN – Seorang lelaki dihukum penjara selama 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah memiliki dua pasang tanduk rusa, iaitu haiwan yang dilindungi di negeri ini.

Tertuduh, Akbar Ahmad, 35, membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Roslinda Razali.

Menurut kertas pertuduhan, tertuduh pada jam 4.15 petang, 10 Disember lalu, di sebuah rumah pekerja di kawasan estet di Kinabatangan, di mana dia didapati memiliki dua pasang tanduk rusa, iaitu haiwan daripada spesies yang dilindungi dalam Jadual 3 Nombor 9 Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997, tanpa memiliki apa-apa kebenaran yang sah.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah subseksyen 41(2) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 41(4)(c) enakmen yang sama, iaitu boleh didenda tidak kurang daripada RM30,000 dan tidak lebih daripada RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, menurut fakta kes, dalam Operasi Bersepadu Khazanah yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak berkuasa telah menemui tanduk rusa itu yang digantung di pintu bilik rumah dan dinding ruang tamu rumah suspek.

Kedua-dua tanduk rusa itu kemudian dirampas dan tangkapan diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah.

Sebelum itu, pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Primus Lambut, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki di Sandakan dihukum penjara 10 bulan kerana memiliki dua pasang tanduk rusa yang dilindungi
  • Tertuduh, Akbar Ahmad, mengaku bersalah di hadapan Hakim Roslinda Razali
  • Dia didapati memiliki tanduk rusa tanpa kebenaran sah pada 10 Disember di Kinabatangan
  • Kesalahan di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 boleh didenda dan penjara
  • Operasi Bersepadu Khazanah PDRM temui tanduk rusa di rumah suspek dan kemudiannya merampasnya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!