Pusat Derma Darah Statik pertama Pantai Timur beroperasi di Terengganu

Kasemani (tengah) ketika menyempurnakan perasmian Pusat Derma Daerah Statik yang beroperasi di Kuala Terengganu City Centre (KTCC) Mall, Kuala Terengganu pada Selasa.
Kasemani (tengah) ketika menyempurnakan perasmian Pusat Derma Daerah Statik yang beroperasi di Kuala Terengganu City Centre (KTCC) Mall, Kuala Terengganu pada Selasa.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Penubuhan Pusat Derma Daerah Statik yang beroperasi di Kuala Terengganu City Centre (KTCC) Mall di sini mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi kemudahan pertama seumpamanya ditubuhkan di Pantai Timur dan yang ketiga di Malaysia.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, penubuhan pusat berkenaan merupakan inisiatif bagi menggalakkan lebih ramai masyarakat tampil menderma darah tanpa perlu hadir ke hospital.

Menurutnya, sebelum ini konsep Pusat Derma Darah Statik hanya dilaksanakan melibatkan pusat beli belah di luar Terengganu seperti Lembah Klang dan Johor Bahru.

Kita mengambil pendekatan sama dengan menjalinkan kerjasama bersama KTCC Mall dan St John Ambulans bagi membangunkan Pusat Derma Darah Statik untuk negeri Terengganu.

"Idea ini dicetuskan oleh pasukan Unit Transfusi Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan ia telah mula beroperasi pada 1 Disember lalu.

"Sejak ditubuhkan, sambutan diterima amat menggalakkan dimana sebanyak 30 beg darah berjaya dikumpulkan setiap hari bagi menampung keperluan bekalan darah negeri ini dan kita jangka jumlahnya akan makin bertambah," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian pusat berkenaan, di sini, pada Selasa.

Kasemani (tengah) meninjau proses derma darah di Pusat Derma Daerah Statik yang beroperasi di Kuala Terengganu City Centre (KTCC) Mall, Kuala Terengganu pada Selasa.
Kasemani (tengah) meninjau proses derma darah di Pusat Derma Daerah Statik yang beroperasi di Kuala Terengganu City Centre (KTCC) Mall, Kuala Terengganu pada Selasa.

 

Artikel Berkaitan:

Mengulas keperluan bekalan darah, beliau berkata, Terengganu memerlukan sekitar 60 hingga 70 beg darah sehari bagi menampung keperluan semasa di hospital.

"Dengan pembukaan pusat ini, ia dapat memudahkan masyarakat untuk menderma darah dalam suasana lebih selesa, selain menawarkan akses lebih mudah kerana beroperasi di pusat beli-belah,"katanya.

Menurut beliau, pusat tersebut dibuka setiap hari bermula jam 11 pagi hingga 8 malam dengan pendaftaran terakhir pada jam 8 malam.

"Pusat ini terbuka kepada penderma dari seluruh daerah di Terengganu termasuk dari luar negeri. Tenaga kerja yang digunakan adalah daripada Unit Transfusi Darah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu yang sebelum ini terlibat dengan pasukan bergerak.

"Tumpuan akan diberikan lebih kepada operasi di pusat ini sekiranya sambutan terus menggalakkan," katanya.

Menurut Kasemani, pembukaan pusat derma darah di luar hospital bertujuan mengubah persepsi masyarakat bahawa derma darah hanya boleh dilakukan di hospital, selain memberi keselesaan kepada penderma yang boleh menjalankan aktiviti lain bersama keluarga.

Beliau turut menekankan keperluan darah kumpulan O yang sentiasa kritikal kerana sering digunakan dalam kes kecemasan.

Dalam perkembangan lain, beliau memberi jaminan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang musim tengkujuh termasuk bencana banjir.

 

Ringkasan AI

  • Pusat Derma Daerah Statik pertama di Pantai Timur dan yang ketiga di Malaysia dibuka di KTCC Mall, Kuala Terengganu
  • Inisiatif ini dibangunkan untuk memudahkan masyarakat menderma darah tanpa perlu ke hospital
  • Pusat ini merupakan hasil kerjasama dengan KTCC Mall dan St John Ambulans, didorong oleh idea Unit Transfusi Darah HSNZ dan telah beroperasi sejak 1 Disember
  • Pusat menerima sambutan menggalakkan dengan pengumpulan 30 beg darah setiap hari untuk memenuhi keperluan bekalan darah di Terengganu
  • Membuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 8 malam dan merubah persepsi masyarakat tentang derma darah sambil menawarkan keselesaan dan akses mudah bagi penderma

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!