Rumah teres jadi ‘kilang’ bunga ganja RM62.5 juta

Siti (tengah) menunjukkan kotak digunakan untuk membungkus bunga ganja dalam serbuan tersebut.
Siti (tengah) menunjukkan kotak digunakan untuk membungkus bunga ganja dalam serbuan tersebut.
A
A
A

NILAI - Serbuan sebuah rumah teres dua tingkat di Seri Kembangan, Selangor membongkarkan kegiatan pembungkusan dadah jenis bunga ganja yang dianggarkan bernilai RM62.5 juta.

Serbuan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) itu dilakukan pada 2 Disember lalu, hasil risikan selama dua minggu.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan) Ibu Pejabat Kastam, Siti Mang berkata, dalam serbuan berkenaan, sebanyak 17 kotak parcel dan sejumlah bungkusan aluminum foil didapati berisi bunga ganja dianggarkan seberat 638 kilogram telah ditemui.

"Nilai rampasan dadah terbabit dianggarkan bernilai RM62.5 juta dan ia merupakan rampasan bunga ganja terbesar direkodkan oleh JKDM sepanjang tahun ini.

Kotak cadar digunakan sindiket untuk membungkus bunga ganja bagi mengaburi pihak berkuasa.
Kotak cadar digunakan sindiket untuk membungkus bunga ganja bagi mengaburi pihak berkuasa.

"Bagaimanapun, tiada tangkapan kerana ketika serbuan tiada sesiapa di rumah berkenaan, dipercayai telah melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa," katanya dalam sidang akhbar di Cawangan Narkotik, Ibu Pejabat JKDM Kampung Jijan di sini pada Selasa.

Menurutnya, rumah berkenaan dipercayai disewa oleh sindiket untuk dijadikan tempat pembungkusan bunga ganja sejak September lalu.

Tambahnya, modus operandi sindiket ialah menggunakan kotak cadar untuk membungkus dadah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan:

"Berdasarkan keterangan pada bungkusan kotak, barang dagangan dinyatakan sebagai 'microfiber bedsheet' dan dipercayai untuk dihantar ke luar negara.

"Sebuah motosikal yang didapati di perkarangan rumah dan mesin vakum serta alat penimbang yang disyaki digunakan untuk pembungkusan dadah turut disita," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabit kesalahan, boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 12 kali sebatan.

Ringkasan AI

  • Serbuan di Seri Kembangan membawa penemuan bunga ganja bernilai RM62.5 juta
  • Serbuan dilakukan oleh JKDM hasil risikan selama dua minggu
  • Ditemui 638 kilogram bunga ganja dalam 17 kotak parcel dan bungkusan aluminium foil
  • Rumah itu disewa oleh sindiket sejak September untuk pembungkusan ganja
  • Kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!