Kertas siasatan kes dera pembantu rumah diserah kepada TPR

Noor Ariffin memaklumkan kertas siasatan berhubung kes dera seorang pembantu rumah warga tempatan dirujuk kepada TPR Jumaat lalu.
Noor Ariffin memaklumkan kertas siasatan berhubung kes dera seorang pembantu rumah warga tempatan dirujuk kepada TPR Jumaat lalu.
A
A
A

GOMBAK - Kertas siasatan berhubung kes dera seorang pembantu rumah warga tempatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, (TPR) pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata, kertas siasatan itu juga akan dirujuk kepada Ketua Unit Jenayah Am dan Ketenteraman Awam (KUJAKA) pada Selasa untuk mendapatkan arahan lanjut.

"Dua suspek ditahan sebelum ini melibatkan seorang wanita berumur 57 tahun dan anak lelakinya berumur 30 tahun itu telah diberi jamin polis," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Noor Ariffin berkata, pihaknya masih menyiasat tempat asal mangsa.

"Mangsa telah dihantar oleh kenalan dari sebuah rumah kebajikan ke rumah suspek pada September lalu," katanya.

Pada 8 Disember lalu, media melaporkan wanita dan anak lelakinya ditahan selepas didakwa melakukan penderaan ke atas pembantu rumah warga tempatan di rumah mereka di Rawang.

Kedua-dua suspek itu direman selama empat hari bermula 8 Disember hingga 11 Disember lalu.

Mangsa yang berusia 22 tahun, mengalami kesan luka di beberapa bahagian badan dan melecur di lengan tangan.

Mangsa mendakwa ditumbuk di muka, badan dicucuk menggunakan gunting, selain lengan kiri melecur akibat ditekap pisau panas.

Artikel Berkaitan:

Mangsa juga tidak dibayar gaji sepanjang bekerja dan kini ditempatkan di rumah perlindungan selepas diselamatkan.

 

 

Ringkasan AI

  • Kertas siasatan berhubung kes dera seorang pembantu rumah warga tempatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya
  • Dua suspek yang ditahan adalah wanita berumur 57 tahun dan anak lelakinya berumur 30 tahun
  • Mangsa telah dihantar ke rumah suspek oleh kenalan dari sebuah rumah kebajikan pada September
  • Mangsa mengalami kesan luka dan melecur di beberapa bahagian badan
  • Mangsa tidak dibayar gaji sepanjang bekerja dan kini ditempatkan di rumah perlindungan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!