Lapan gol, lapan penjaring berbeza di Old Trafford

Eli Junior Kroupi (tengah) menjaringkan gol keempat dan penyamaan untuk Bournemouth mengikat United 4-4 di Old Trafford. Foto: Agensi
Eli Junior Kroupi (tengah) menjaringkan gol keempat dan penyamaan untuk Bournemouth mengikat United 4-4 di Old Trafford. Foto: Agensi
A
A
A

MANCHESTER United terikat 4-4 menentang Bournemouth dalam aksi dramatik Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford, awal pagi Selasa dalam perlawanan terakhir Amad Diallo sebelum menyertai skuad kebangsaan Ivory Coast ke Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).

United mendahului sebanyak tiga kali menerusi jaringan Amad, Casemiro dan Matheus Cunha, selain sepakan percuma Bruno Fernandes, namun kegagalan mengekalkan kelebihan menghukum tuan rumah.

Bournemouth pula bangkit melalui gol Antoine Semenyo, Evanilson dan Marcus Tavernier, sebelum pemain gantian Junior Kroupi menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-84 untuk menafikan kemenangan United.

Pelawat hampir mencuri tiga mata, namun David Brooks mensia-siakan dua peluang keemasan pada masa kecederaan.

Keputusan ini mencatat sejarah tersendiri apabila United hanya kali ketiga menjaringkan empat gol atau lebih dalam perlawanan EPL tetapi gagal mencatat kemenangan.

Keputusan seri itu menyaksikan United berada di tangga keenam liga dengan 26 mata, manakala Bournemouth di kedudukan ke-13 dengan 21 mata.

Arsenal masih menerajui carta liga dengan 36 mata, diekori rapat Manchester City yang dipisahkan dua mata.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Manchester United terikat 4-4 menentang Bournemouth dalam Liga Perdana Inggeris
  • United mendahului tiga kali tetapi gagal mengekalkan kelebihan
  • Bournemouth bangkit dengan gol penyamaan pada minit ke-84
  • Keputusan seri mencatat sejarah United menjaringkan empat gol atau lebih tetapi gagal menang
  • United di tangga keenam liga, Bournemouth di kedudukan ke-13

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!