Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat sedikit

Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 326 orang daripada 101 keluarga setakat petang Isnin. Gambar hiasan
Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 326 orang daripada 101 keluarga setakat petang Isnin. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu dilaporkan meningkat sedikit setakat 5 petang Isnin, manakala situasi di Sarawak semakin pulih.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa meningkat kepada 326 orang daripada 101 keluarga, berbanding 299 orang daripada 78 keluarga pagi tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, di daerah Hulu Terengganu, sebanyak 274 orang daripada 87 keluarga berlindung di lima PPS sejak malam tadi.

PPS berkenaan ialah Bangunan PPS Kampung Lubok Periok, Masjid Kampung Peneh, Balai Raya Kampung Kemat, Balai Raya Kampung Pelandan dan Balai Raya Kampung Tapah.

Sementara itu, di daerah Kemaman, 52 orang daripada 14 keluarga bertempatkan di tiga PPS iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Air Putih, Masjid Sungai Mas dan Dewan Sivik Air Putih.

Di SARAWAK, JPBN negeri memaklumkan situasi banjir semakin pulih dengan hanya dua PPS masih beroperasi di Miri.

JPBN dalam kenyataan memaklumkan setakat petang Isnin, 11 orang daripada lima keluarga masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaaan Suai, Niah dan PPS Dewan Bulan Sabit Merah, berbanding 18 orang daripada sembilan keluarga pada pagi tadi. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 326 orang dari 101 keluarga
  • 274 orang daripada 87 keluarga di Hulu Terengganu berlindung di lima PPS
  • Di Kemaman, 52 orang daripada 14 keluarga ditempatkan di tiga PPS
  • Situasi banjir di Sarawak semakin pulih dengan hanya dua PPS masih beroperasi
  • Di Sarawak, 11 orang dari lima keluarga masih ditempatkan di PPS

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!