Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat sedikit, Sarawak kian pulih

Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Terengganu meningkat sedikit setakat 9 pagi pada Selasa. Foto: Bernama
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Terengganu meningkat sedikit setakat 9 pagi pada Selasa. Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu meningkat sedikit setakat 9 pagi ini manakala situasi di Sarawak semakin pulih

Di TERENGGANU jumlah mangsa banjir meningkat kepada 470 orang daripada 141 keluarga berbanding 326 orang daripada 101 keluarga petang semalam.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Hulu Terengganu mencatatkan 266 mangsa daripada 86 keluarga yang berlindung di empat PPS sejak 14 Dis lepas melibatkan Bangunan PPS Kampung Lubok Periok, Masjid Kampung Peneh, Balairaya Kampung Kemat dan Balairaya Kampung Pelandan.

Di Kemaman pula sebanyak 204 mangsa daripada 56 keluarga berlindung di enam PPS iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Air Putih, Dewan Sivik Air Putih, Dewan Orang Ramai Kampung Seberang Tayur Hulu, Dewan Ketengah Dandong, Dewan Orang Ramai Batu 14 dan Masjid Kampung Batu 16 Tebak.

Berdasarkan laman web publicinfobanjir.water.gov.my paras air di stesen Sungai Besut di Jambatan Keruak di Besut melepasi paras bahaya manakala Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman di Kemaman serta Sungai Tersat di Kampung Sekayu (F2) di Hulu Terengganu melepasi paras amaran.

Di SARAWAK, JPBN negeri dalam kenyataan setakat 8 pagi memaklumkan dua mangsa daripada satu keluarga masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaaan Suai, Niah manakala dua mangsa banjir sekeluarga dan empat mangsa kejadian tanah runtuh sekeluarga masih ditempatkan di PPS Dewan Bulan Sabit Merah.

Jumlah itu menurun daripada 11 orang melibatkan lima keluarga yang ditempatkan di PPS terbabit petang semalam. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 470 orang
  • Hulu Terengganu menempatkan 266 mangsa banjir di empat PPS
  • Kemaman menempatkan 204 mangsa banjir di enam PPS
  • Paras air di beberapa sungai di Terengganu melepasi paras bahaya dan amaran
  • Situasi banjir di Sarawak semakin pulih dengan penurunan jumlah mangsa di PPS

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!