Lelaki acu pistol pada jiran direman lagi empat hari

SUNGAI PETANI - Lelaki yang didakwa mengacu pistol kepada jirannya di Bandar Laguna Merbok, Ahad lalu, direman empat hari lagi sehingga Khamis ini.
Permohonan reman dibenarkan oleh Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi di Mahkamah Sungai Petani bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Lelaki berusia lingkungan 30-an itu dilihat berpakaian lokap dan dibawa keluar dari mahkamah sebaik selesai permohonan reman kali kedua pada Ahad.
Sebelum ini, lelaki terbabit direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Terdahulu, media melaporkan polis menahan seorang lelaki yang disyaki mengacukan pistol kepada jirannya dalam kejadian minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, suspek didakwa mengacu pistol ke arah jiran sehingga menyebabkan laporan polis dibuat.
Menurut beliau, polis menerima panggilan daripada orang awam yang mendakwa diugut oleh seorang lelaki menggunakan objek menyerupai pistol pada jam 8.45 pagi.
“Hasil serbuan dan pemeriksaan lanjut di rumah suspek menemukan satu objek menyerupai pistol serta sejumlah dadah,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.
Ringkasan AI
- Lelaki mengacu pistol kepada jirannya di Bandar Laguna Merbok direman lagi empat hari
- Majistret di Mahkamah Sungai Petani membenarkan permohonan reman untuk siasatan kes
- Lelaki itu sebelumnya telah direman selama tujuh hari
- Polis menahan lelaki itu kerana disyaki mengacu pistol kepada jirannya
- Pemeriksaan di rumah suspek menemukan objek menyerupai pistol dan dadah
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

