Polis lanjutkan tempoh jaminan terhadap Namewee

Namewee sebelum ini direman selama sembilan hari bermula 5 hingga 13 November sebelum dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu laporan bedah siasat mangsa.
Namewee sebelum ini direman selama sembilan hari bermula 5 hingga 13 November sebelum dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu laporan bedah siasat mangsa.
A
A
A

 

KUALA LUMPUR - Polis melanjutkan tempoh jaminan terhadap penyanyi rap, Wee Meng Chee atau Namewee sementara menunggu laporan toksikologi serta laporan penuh bedah siasat berkaitan kematian pempengaruh Taiwan, Hsieh Yun Hsin, 33, pada 22 Oktober lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, laporan toksikologi berkenaan masih belum diperoleh dan memerlukan tempoh beberapa bulan untuk dilengkapkan.

"Kita masih menunggu laporan toksikologi seperti yang dimaklumkan sebelum ini, proses itu dijangka mengambil masa beberapa bulan untuk disiapkan.

"Polis sedang berusaha mendapatkan kedua-dua laporan berkenaan secepat mungkin bagi membantu siasatan kes berkenaan," katanya dalam sidang akhbar selepas hadir Majlis Peluncuran Taman Angkat di Dataran PPR Seri Alam, Fasa Dua di sini pada Sabtu.

Katanya, sekiranya memerlukan, pihaknya akan melanjutkan lagi tempoh jaminan terhadap Namewee.

Media sebelum ini melaporkan tempoh jaminan terhadap Namewee dilanjutkan selama 14 hari sehingga 10 Disember.

Namewee sebelum ini direman selama sembilan hari bermula 5 hingga 13 November sebelum dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu laporan bedah siasat mangsa.

Terdahulu, pada 22 Oktober lalu, Hsieh ditemukan meninggal dunia di dalam tab mandi bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay, di sini, sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

Kes yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut kini disiasat sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

 

Ringkasan AI

  • Polis melanjutkan tempoh jaminan terhadap penyanyi rap, Namewee menunggu laporan toksikologi dan bedah siasat kematian Hsieh Yun Hsin
  • Laporan toksikologi yang diperlukan untuk siasatan belum diperoleh dan dijangka memerlukan beberapa bulan
  • Namewee sebelum ini direman selama sembilan hari dan dibebaskan dengan jaminan polis
  • Hsieh Yun Hsin ditemukan meninggal di dalam tab mandi hotel pada 22 Oktober
  • Kes kematian Hsieh kini disiasat sebagai kes bunuh

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!