'Ini perkahwinan ketiga arwah mama, mula-mula sahaja bahagia'

Ezlyn Ilyana (dua dari kiri) bersama adik-adiknya menyiram air mawar di pusara ibu mereka didi Tanah Perkuburan Islam Suka Menanti, Alor Setar selepas solat Asar pada Jumaat.
Ezlyn Ilyana (dua dari kiri) bersama adik-adiknya menyiram air mawar di pusara ibu mereka didi Tanah Perkuburan Islam Suka Menanti, Alor Setar selepas solat Asar pada Jumaat.
A
A
A

ALOR SETAR – Wanita yang maut dipercayai dibunuh suaminya di Seberang Jaya, Pulau Pinang baru-baru ini pernah melalui episod perkahwinan yang tidak bahagia sebelum berkahwin buat kali ketiga.

Anak sulung mangsa, Ezlyn Ilyana Hardiha Shayrin Yezral, 26, berkata ibunya, Wan Khairul Safinah Ishak, 44, sebelum ini sudah melalui pengalaman perkahwinan yang menyedihkan.

“Selepas kahwin baharu ini (perkahwinan ketiga), awal-awal semua baik sebab suami bekerja.

“Cuma dalam masa beberapa bulan selepas suaminya tidak bekerja, bila tiada duit, pergaduhan mula terjadi,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Kariah Suka Menanti di sini, pada Jumaat.

Suami mangsa yang tidak bekerja telah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Suami mangsa yang tidak bekerja telah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurut Ezlyn, kali terakhir dia berhubung dengan ibunya adalah pada Isnin lalu.

“Biasanya kalau hantar WhatsApp, arwah mama suka hantar nota suara dan kami biasanya bercakap macam biasa sahaja. Kali terakhir saya terima mesej dia adalah Isnin lalu,” ujarnya dalam nada sebak.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan bahawa Wan Khairul Safinah ditemui mati dengan kesan kelar di leher, dan mayatnya dipercayai disimpan di kediaman mereka selama empat hari sebelum ditemui.

Artikel Berkaitan:

Jenazah mangsa dituntut keluarga kira-kira jam 12.15 tengah hari selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Suka Menanti selepas solat Asar.

Mangsa meninggalkan lima anak iaitu Ezlyn Ilyana, Mohamad Daniel, 25; Ezryn Fydiana Balqis, 23; Rikhwan Fariez Dharwish, 16; dan Ridhwan Aizs Daim, 15.

Sementara itu, suami mangsa yang tidak bekerja telah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ezlyn turut meluahkan harapan agar hukuman setimpal dikenakan terhadap suspek.

“Saya nak hukuman yang setimpal. Kalau setakat penjara beberapa puluh tahun, tidak sebanding dengan apa yang dia buat,” katanya.

 

Ringkasan AI

  • Ezlyn Ilyana mahu hukuman setimpal untuk pembunuh ibunya di Pulau Pinang
  • Ibunya, Wan Khairul Safinah Ishak sebelum ini mengalami perkahwinan yang tidak bahagia
  • Perkahwinan ketiga ibunya bermasalah apabila suami kehilangan pekerjaan
  • Jenazah Wan Khairul Safinah ditemukan dengan kesan kelar dan disimpan selama empat hari sebelum ditemui
  • Mangsa meninggalkan lima anak, sementara suaminya telah direman untuk membantu siasatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!