Tun M ajak tiga tokoh bahas terbuka isu ART

Tun Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir
A
A
A

 

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak mantan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), bekas Ketua Polis Negara dan Presiden Kelab Veteran Komando Malaysia untuk berbahas secara terbuka mengenai Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART).

Ia berikutan Jeneral (B) Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin, Tan Sri Razarudin Husain dan Md Shah Yassin baru-baru ini menegaskan bahawa perjanjian tersebut tidak menggadai kedaulatan negara.

“Wah!! Mantan-mantan berpendapat ART tidak gadai kedaulatan negara.

Tangkap layar hantaran Tun di Facebook pada Jumaat.
Tangkap layar hantaran Tun di Facebook pada Jumaat.

 

“Mari kita adakan perbahasan terbuka antara mantan-mantan supaya ditentukan Malaysia sudah digadai atau tidak,” katanya menerusi hantaran ringkas di Facebook pada Jumaat.

Sebelum ini, media melaporkan, ketiga-tiga tokoh keselamatan negara itu berpendapat bahawa ART tidak menjejaskan kedaulatan negara dalam satu sesi taklimat khusus Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Artikel Berkaitan:

Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) menandatangani ART pada 26 Oktober lalu sewaktu Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Melalui pemeteraian itu, kadar tarif purata terhadap negara diturunkan dari 25 peratus kepada 19 peratus.

 

Ringkasan AI

  • Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak ke berbahas tentang Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART)
  • Bekas Ketua Polis Negara dan Presiden Kelab Veteran Komando Malaysia menyatakan ART tidak menggadai kedaulatan negara
  • Mereka berpendapat demikian berdasarkan sesi taklimat khusus Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri
  • Malaysia menandatangani ART dengan Amerika Syarikat pada 26 Oktober
  • Perjanjian tersebut menurunkan kadar tarif purata dari 25% kepada 19%

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!