JAINJ tahan pasangan disyaki melakukan maksiat dalam bilik sewa

Anggota penguat kuasa JAINJ menyerbu
sebuah bilik sewa sebuah rumah teres dua tingkat di Johor Bahru.
Anggota penguat kuasa JAINJ menyerbu sebuah bilik sewa sebuah rumah teres dua tingkat di Johor Bahru.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Tindakan seorang lelaki bersama seorang wanita berdua-duaan di sebuah bilik sewa di sebuah rumah teres dua tingkat membawa padah apabila mereka ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) pada jam 2.30 pagi, baru-baru ini.

Menurut JAINJ, pihaknya menerima aduan yang memaklumkan rumah berkenaan yang disewa mengikut bilik sering menjadi lokasi keluar-masuk individu mencurigakan pada lewat malam.

“Setibanya di lokasi, keadaan rumah gelap dan pagar berkunci sebelum seorang lelaki tampil membuka pintu selepas tiga minit. Lelaki itu hanya berkain pelikat dan tidak menyangka kedatangan penguat kuasa, menyangkakan penghuni lain pulang tanpa kunci.

“Pemeriksaan di ruang tamu yang gelap dilakukan menggunakan lampu suluh sebelum penguat kuasa mengetuk beberapa pintu bilik. Selepas kira-kira tujuh minit, satu bilik dibuka oleh seorang wanita berpakaian ringkas,” katanya dalam kenyataan.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati seorang lelaki lain berada di atas tilam dalam keadaan berbungkus dengan gebor merah, namun enggan bangun kerana tidak berpakaian.

“Penguat kuasa kemudian menghulurkan tuala kepadanya sebelum dia diarahkan berpakaian semula.

“Pasangan itu mengaku tidak mempunyai hubungan mahram dan hanya ‘kawan’, namun siasatan awal menunjukkan mereka kerap berjumpa di bilik berkenaan,” ujarnya.

Lebih mengejutkan, pemeriksaan seterusnya menemui sejumlah besar kondom dalam beberapa kotak pelbagai jenama, warna dan jenis, termasuk beberapa kondom terpakai yang dibuang merata di sisi serta bawah katil.

“Wanita berkenaan mengakui membeli barangan itu dari sebuah kedai serbaneka berhampiran dan penghantaran dilakukan ke alamat bilik sewanya. Dia juga menyewa bilik tersebut pada kadar RM500 sebulan, termasuk utiliti.

Artikel Berkaitan:

“Difahamkan, lelaki berusia belasan tahun itu bekerja di Johor Bahru dan tinggal di rumah sewa lain kira-kira 10 kilometer dari lokasi, manakala wanita berusia 20-an turut bekerja di bandar ini.

“Lelaki terbabit dipercayai keluar-masuk bilik itu hanya ketika keadaan ‘line clear’, berdasarkan maklumat daripada penghuni lain,” katanya lagi.

Kedua-dua mereka ditahan untuk siasatan lanjut dan dibawa ke balai polis berhampiran.

Penguat kuasa menegaskan bahawa aktiviti maksiat di Johor sentiasa dalam pemantauan dan orang ramai digesa menyalurkan aduan 24 jam di talian 07-2076429.

Ringkasan AI

  • Lelaki dan wanita ditangkap di bilik sewa di Johor Baharu kerana bersama tanpa hubungan mahram
  • Aduan kepada JAINJ tentang individu mencurigakan keluar masuk rumah sewa
  • Pasangan itu mengaku kawan sahaja tapi kerap berjumpa di bilik tersebut
  • Pemeriksaan mendapati kondom dalam jumlah besar di bilik tersebut
  • Kedua-dua individu bekerja di Johor Bahru dan ditahan untuk siasatan lanjut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!