'Semoga semuanya dipermudahkan' - Syed Saddiq

Syed Saddiq hadir ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya bagi mendengar kesnya berhubung empat kes pengyelewengan dana Armada. Foto SINAR HARIAN-ROSLI TALIB
Syed Saddiq hadir ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya bagi mendengar kesnya berhubung empat kes pengyelewengan dana Armada. Foto SINAR HARIAN-ROSLI TALIB
A
A
A

PUTRAJAYA – “Saya berharap prosiding hari ini berjalan lancar dan saya doakan semuanya dipermudahkan.”

Demikian kata Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang menegaskan beliau meletakkan sepenuh kepercayaan kepada institusi kehakiman dalam prosiding rayuan pendakwaan berhubung empat pertuduhan menyeleweng dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) di Mahkamah Persekutuan Putrajaya di sini pada Khamis.

Menurut Syed Saddiq, segala isu yang dibangkitkan pihak pendakwaan telah pun diperjelaskan dan dijawab secara menyeluruh oleh pasukan pembelaannya.

"Saya menghormati tugas pihak pendakwaan, semua isu yang ditimbulkan telah kami tangani, bukan sahaja dalam prosiding rayuan tetapi juga melalui petisyen bertulis sebelum ini.

"Segala perkara telah dihujahkan secara komprehensif, kini, saya serahkan kepada panel hakim Mahkamah Persekutuan untuk membuat keputusan berdasarkan fakta,” katanya.

Syed Saddiq berkata demikian ketika hadir di Mahkamah Persekutuan Putrajaya bagi mengikuti hari kedua prosiding rayuan pendakwaan untuk mengetepikan pembebasannya daripada empat pertuduhan menyeleweng dana Armada yang dihadapinya.

Prosiding berkenaan bersambung sejak Khamis dan dijangka diteruskan sehingga selesai penghujahan kedua-dua pihak.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa prosiding ini merupakan peluang terakhir pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan pembebasan Syed Saddiq berhubung empat kes menyeleweng dana Armada.

Mahkamah menetapkan prosiding berkenaan berlangsung selama dua hari bermula Khamis, di hadapan beberapa hakim.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berharap prosiding rayuan berjalan lancar dan dipermudahkan
  • Beliau meletakkan kepercayaan kepada institusi kehakiman berkaitan rayuan pendakwaan atas empat pertuduhan menyeleweng dana Armada
  • Pasukan pembelaan telah menjawab segala isu yang dibangkitkan oleh pihak pendakwaan
  • Syed Saddiq menyerahkan keputusan kepada panel hakim Mahkamah Persekutuan
  • Ini merupakan peluang terakhir pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan pembebasan Syed Saddiq

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!