Wanita sanggup jadi 'Spiderman' larikan diri daripada isteri kekasih

BEIJING - Aksi berani mati seorang wanita yang memanjat balkoni tingkat 10 menjadi tular di media sosial.
Kejadian itu berlaku di wilayah Guangdong dan individu tersebut dipercayai cuba melarikan diri daripada isteri kekasih gelapnya.
Menerusi rakaman itu, lelaki tidak berbaju tersebut dikatakan panik sejurus isterinya pulang ke rumah hingga memaksa kekasihnya bersembunyi di balkoni.
Wanita itu dilihat berpaut pada pagar dengan sebelah tangan dalam keadaan tubuhnya tergantung
Wanita itu cuba menuruni bangunan itu dengan berpegang pada paip luar dan belebas tingkap sebelum dia mengetuk tingkap sebuah unit kediaman lain untuk meminta tolong.
Aksinya yang seperti watak adiwira Spiderman turut menerima pelbagai reaksi warganet.
Ramai yang mengecam tindakan lelaki tersebut yang digelar sebagai 'pengecut' kerana tergamak membahayakan nyawa wanita berkenaan.
Segelintir pengguna media sosial memuji keberaniannya dan menarik nafas lega kerana dia terselamat.
Kadar perceraian di China dilaporkan terus meningkat sejak 1998 dan kes pasangan memfailkan tuntutan untuk berpisah mencecah lebih 3.6 juta menjelang 2023. - Agensi
Ringkasan AI
- Aksi berani mati seorang wanita memanjat balkoni tingkat 10 tular di media sosial
- Kejadian berlaku di Guangdong, wanita tersebut cuba melarikan diri dari isteri kekasih gelap
- Lelaki terlibat memaksa kekasihnya bersembunyi di balkoni ketika isterinya pulang
- Wanita itu berpaut pada pagar dan paip luar, cuba menuruni bangunan
- Ramai netizen mengecam lelaki itu sebagai 'pengecut' dan memuji keberanian wanita tersebut
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

