Lelaki cedera motosikal langgar gajah

Tangkap layar video di media sosial memaparkan keadaan mangsa yang diselamatkan pemandu lori selepas terlibat dalam insiden langgar gajah.
Tangkap layar video di media sosial memaparkan keadaan mangsa yang diselamatkan pemandu lori selepas terlibat dalam insiden langgar gajah.
A
A
A

GERIK – Seorang lelaki cedera selepas motosikal ditunggangnya melanggar seekor gajah di Kilometer 31 Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding pada malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, kejadian kira-kira jam 9 malam itu melibatkan sebuah motosikal jenis Honda RS 150R yang ditunggang seorang lelaki berusia 36 tahun.

Menurutnya, semasa kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum ternampak seekor gajah berada di atas laluannya.

"Penunggang motosikal tersebut cuba mengelak haiwan berkenaan tetapi tetap berlaku perlanggaran.

"Sebaik terjatuh, mangsa segera bangun melarikan diri," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Keadaan motosikal mangsa selepas dirosakkan gajah.
Keadaan motosikal mangsa selepas dirosakkan gajah.

Abdul Samad berkata, gajah berkenaan telah bertindak merosakkan motosikal yang ditunggang mangsa, mengakibatkan kerosakan pada cover set kiri dan kanan serta bahagian badan motosikal yang lain.

"Mangsa yang mengalami kecederaan ringan telah menerima rawatan di Hospital Gerik," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau menasihatkan orang ramai, terutamanya pengguna Jalan Raya Timur-Barat agar lebih berhati-hati ketika memandu kerana terdapat kemungkinan hidupan liar melintas atau berada di atas jalan raya.

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan keadaan mangsa yang diselamatkan pemandu lori selepas terlibat dalam insiden tersebut.

Ringkasan AI

  • Lelaki cedera selepas motosikalnya melanggar gajah di Gerik-Jeli
  • Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah
  • Penunggang cuba mengelak tetapi tetap berlaku perlanggaran
  • Gajah merosakkan motosikal mangsa
  • Mangsa menerima rawatan akibat kecederaan ringan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!