Orang Asli hilang di Tasik Banding ditemui selamat

Seramai 12 anggota bomba bersama 24 anggota polis, empat anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta dua kakitangan Taman Negeri terlibat dalam operasi pencarian. Foto Bomba Perak
Seramai 12 anggota bomba bersama 24 anggota polis, empat anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta dua kakitangan Taman Negeri terlibat dalam operasi pencarian. Foto Bomba Perak
A
A
A

GERIK - Seorang lelaki Orang Asli yang dilaporkan hilang di Pulau Perhilitan Lama, Tasik Banding di sini sejak Sabtu ditemui selamat selepas operasi pencarian melibatkan pelbagai agensi dijalankan hampir tujuh jam.

Mangsa, Runi Ager, 29, dari Kampung Sungai Chiong Rancangan Penempatan Semula (RPS) Banun, dilaporkan hilang selepas mengalami sakit perut dan pergi ke kawasan hutan di pulau tersebut sebelum gagal dikesan oleh rakannya.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, laporan kejadian itu diterima pada 9.25 pagi pada Ahad sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik serta Pengkalan Hulu ke lokasi.

JBPM Perak menerima laporan kehilangan mangsa pada 9.25 pagi pada Ahad sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik serta Pengkalan Hulu ke lokasi. Foto Bomba Perak
JBPM Perak menerima laporan kehilangan mangsa pada 9.25 pagi pada Ahad sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik serta Pengkalan Hulu ke lokasi. Foto Bomba Perak

"Operasi pencarian bermula dari Jeti Trojan dengan jarak kira-kira 8 kilometer ke lokasi kejadian.

"Seramai 12 anggota bomba bersama 24 anggota polis, empat anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta dua kakitangan Taman Negeri terlibat menggunakan empat bot bagi meliputi kawasan pencarian seluas 14 kilometer persegi," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata, pencarian dilakukan dengan membahagikan pasukan kepada dua kumpulan selain mengaplikasikan konsep LAST bagi mengesan kedudukan mangsa.

Bagaimanapun katanya, selepas tiga pusingan pencarian, tiada tanda mangsa ditemui.

Artikel Berkaitan:

"Pada jam 3.20 petang, seorang orang awam yang turut menyertai operasi mencari menggunakan bot akhirnya menemui mangsa dalam keadaan selamat di tepi tebing tasik kira-kira satu kilometer dari lokasi awal beliau dilaporkan hilang," katanya.

Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah diserahkan kepada pasukan penyelamat di Jeti Pulau Perhilitan Lama sebelum dibawa menggunakan bot polis ke Jeti Trojan pada jam 4.08 petang pada Ahad. Foto Bomba Perak

Tambah Shazlean, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah diserahkan kepada pasukan penyelamat di Jeti Pulau Perhilitan Lama sebelum dibawa menggunakan bot polis ke Jeti Trojan pada jam 4.08 petang.

"Lelaki itu kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Difahamkan, lelaki terbabit menaiki bot bersama rakan-rakan ke Tasik Banding untuk mencari hasil hutan dan makanan.

End

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!