Pelajar tingkatan tiga ditahan ugut rakan guna parang

GOMBAK - Polis menahan seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di sini kerana disyaki membuat ugutan terhadap rakannya.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pelajar itu ditahan bagi membantu siasatan.
"Suspek, seorang pelajar tingkatan tiga, sudah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Difahamkan, remaja lelaki itu didakwa membuat ugutan melalui panggilan video kepada mangsa yang juga pelajar tingkatan tiga bagi meminta wang kira-kira jam 2.30 petang pada Isnin.
Dalam panggilan video itu, suspek menunjukkan parang sambil meminta wang daripada mangsa.
Mangsa membuat laporan berhubung perkara itu pada Rabu.
Remaja itu mendakwa dia diugut sejak tingkatan satu.
Ringkasan AI
- Polis menahan pelajar tingkatan tiga kerana disyaki membuat ugutan kepada rakan sekolah
- Ketua Polis Daerah Gombak menyatakan penahanan ini untuk membantu siasatan
- Penahanan dilakukan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan
- Suspek didakwa membuat ugutan melalui panggilan video dengan menunjukkan parang
- Mangsa mendakwa diugut sejak tingkatan satu dan membuat laporan pada Rabu
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
