DRG dilaksana awal 2027

Dr Dzulkefly dan laporan Sinar Harian mengenai caj hospital swasta.
Dr Dzulkefly dan laporan Sinar Harian mengenai caj hospital swasta.
A
A
A

PUTRAJAYA - Sistem Kumpulan Berkaitan Diagnosis (DRG) akan dilaksanakan bersekali dengan produk insurans asas (MHIT) pada awal 2027.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, DRG tidak akan ditangguhkan atau dipercepatkan meskipun isu tersebut dikatakan memberi tekanan kepada rakyat.

"Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri untuk Kos Penjagaan Kesihatan Swasta (JBMKKS) akan diadakan pada Januari depan untuk memantau progres pelaksanaan inisiatif RESET," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

RESET (Revamp, Enhance, Strengthen, Expand and Transform) ialah kerangka strategik nasional yang diperkenalkan untuk menangani masalah inflasi kos perubatan dan kos penjagaan kesihatan swasta di Malaysia.

Ia digerakkan secara bersama oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) serta disokong pihak industri seperti hospital swasta, penyedia insurans/takaful dan pemegang polisi.

Ogos lalu, KKM memaklumkan sistem pembayaran rawatan kesihatan berdasarkan DRG yang dirangka selama lima tahun dijangka dilancarkan secara rasmi pada 2027.

DRG akan mewujudkan kerangka imbuhan lebih standard, adil dan telus dalam ekosistem penjagaan kesihatan negara dalam memastikan tiada caj berlebihan dikenakan kerana pembayaran dibuat berdasarkan kumpulan yang ditakrifkan dengan jelas seperti diagnosis, prosedur dan komplikasi.

Kerajaan sebelum ini menyatakan komitmen untuk melaksanakan sistem DRG secara berperingkat mulai akhir 2025 dengan fokus awal kepada kes ringan di hospital awam.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan gesaan untuk kerajaan agar memperkenalkan mekanisme kawalan kos perubatan seperti DRG bagi memastikan perkhidmatan kesihatan di Malaysia lebih munasabah dan adil.

Artikel Berkaitan:

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, langkah itu penting untuk mengawal caj rawatan tinggi yang dikenakan kebanyakan hospital swasta sehingga membebankan pengguna.

 

 

Ringkasan AI

  • Sistem Kumpulan Berkaitan Diagnosis (DRG) akan dilaksanakan bersama produk insurans asas (MHIT) pada awal 2027
  • Menteri Kesihatan berkata pelaksanaan DRG tidak akan ditangguhkan atau dipercepat
  • RESET ialah kerangka strategik nasional untuk menangani inflasi kos perubatan dan kesihatan swasta di Malaysia
  • DRG bertujuan untuk mewujudkan kerangka pembayaran yang lebih standard, adil dan telus
  • Langkah ini dianggap penting untuk mengawal caj rawatan tinggi di hospital swasta

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!