Suami isteri maut tersepit dalam nahas tiga kereta

Kereta Mercedes Benz yang dinaiki lelaki berusia 40 tahun remuk teruk akibat kemalangan itu. Foto Bomba Pahang.
Kereta Mercedes Benz yang dinaiki lelaki berusia 40 tahun remuk teruk akibat kemalangan itu. Foto Bomba Pahang.
A
A
A

BENTONG - [KEMAS KINI] Pasangan suami isteri maut manakala anak mereka cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di kilometer 3, Jalan Bentong-Gombak di sini pada Rabu.

Mangsa maut ialah penumpang hadapan Proton Saga Iswara Aeroback, Mohammad Nazri Salleh, 51, dan penumpang belakang Karmilawati Muhamad Yaakob, 51, yang menetap di Taman Gadong Jaya, Labu, Negeri Sembilan.

Pemandu Proton Saga, Naim Zuhair Mohammad Nazri, 23, yang berkhidmat sebagai pemuzik di Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Bentong, mengalami cedera parah di kepala dan kini dirawat di Hospital Temerloh.

Pasangan suami isteri maut selepas tersepit dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kampung Ketari pada Rabu. Foto Bomba Pahang.
Pasangan suami isteri maut selepas tersepit dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kampung Ketari pada Rabu. Foto Bomba Pahang.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, kemalangan maut membabitkan sebuah Mercedes Benz yang dipandu seorang lelaki berusia 40 tahun dan sebuah Honda Civic dikendalikan lelaki berumur 48 tahun.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 8.20 malam apabila Mercedes dalam perjalanan dari arah Bentong menghala Kuala Lumpur manakala Proton Saga Iswara dinaiki mangsa dan Honda Civic dari arah bertentangan.

"Setibanya di selekoh berkenaan, Mercedes dipercayai memasuki laluan bertentangan, melanggar bahagian hadapan kereta mangsa sebelum hilang kawalan dan melanggar Honda Civic di bahagian sisi,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit. Foto Bomba Pahang.
Anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit. Foto Bomba Pahang.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, kedua-dua penumpang Proton Saga Iswara meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu cedera parah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.19 malam, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bergegas ke lokasi.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati Proton Saga Iswara dinaiki tiga mangsa, dua daripadanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang mengalami kecederaan parah.

"Kesemua mangsa dalam Proton Saga Iswara tersepit akibat perlanggaran tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Ringkasan AI

  • Pasangan suami isteri maut dalam kemalangan di Kampung Ketari, Bentong
  • Mohammad Nazri Salleh dan Karmilawati Muhamad Yaakob, kedua-duanya berusia 51 tahun, adalah mangsa yang maut
  • Seorang lagi pemandu Proton Iswara cedera parah dan pemandu Mercedes Benz cedera ringan
  • Pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit
  • Mangsa yang meninggal diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!