Kelindan maut tersepit dalam nahas dua lori

ALOR GAJAH - Seorang kelindan lori maut dalam kemalangan membabitkan dua lori di Kilometer (KM) 221.7, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Pedas Linggi ke Simpang Ampat pada awal pagi Isnin.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, PBK I Nazri Mat Rais berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.42 pagi sebelum sembilan anggota digerakkan ke lokasi.
“Sebaik tiba, kami mendapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan dua lori, di mana salah satu daripadanya melanggar bahagian belakang lori di hadapannya.
“Terdapat seorang mangsa lelaki berusia 43 tahun yang tersepit di bahagian kelindan. Kerja-kerja menyelamat dijalankan dan mangsa berjaya dikeluarkan,” katanya.
Bagaimanapun katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.
Menurutnya, operasi itu ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.29 pagi.
Ringkasan AI
- Seorang kelindan lori maut dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah Pedas Linggi ke Simpang Ampat
- Kemalangan melibatkan dua lori dimana salah satu lori melanggar bahagian belakang lori lain
- Mangsa, seorang lelaki berusia 43 tahun, tersepit di bahagian kelindan
- Operasi penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa tetapi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian
- Operasi penyelamat oleh BBP Alor Gajah bermula 3.42 pagi dan tamat 5.29 pagi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

