PayNet rai 50 graduan Akar, kuasai teknologi awan dan pembayaran digital

Graduan Program Akar PayNet Powered by AWS re/Start Kohort 2 bersama wakil PayNet dan AWS re/Start pada Majlis Graduasi Kohort 2 yang diadakan pada Rabu.
Graduan Program Akar PayNet Powered by AWS re/Start Kohort 2 bersama wakil PayNet dan AWS re/Start pada Majlis Graduasi Kohort 2 yang diadakan pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) meraikan graduasi 50 pelajar Program Akar Powered by AWS re/Start Kohort 2 yang menamatkan latihan intensif 14 minggu dalam teknologi awan dan pembayaran digital.

Majlis graduasi itu turut menyaksikan para peserta menerima empat sijil industri termasuk AWS Cloud Practitioner dan Sijil Pembayaran Digital, sekali gus melengkapkan mereka untuk memasuki sektor kewangan digital yang semakin berkembang pesat.

Program pembangunan kemahiran digital itu ditawarkan secara percuma sebagai usaha PayNet memperkukuh aliran bakat teknologi negara dan memenuhi permintaan industri kewangan terhadap tenaga kerja mahir teknologi awan.

Program Akar dilaksanakan melalui kerjasama World Education Placement Services Sdn Bhd (WEPS) dan menjadi inisiatif nasional pertama PayNet dalam merapatkan jurang kemahiran digital di Malaysia.

Kohort kedua bermula dengan 100 peserta sebelum 50 dipilih sebagai kohort perintis di Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU), dengan institusi kewangan utama seperti Bank Negara Malaysia, Maybank, Public Bank, CIMB dan Bank Islam menunjukkan minat menawarkan latihan industri.

Ketua Pegawai Sumber Manusia PayNet, Shafenaz Farouk berkata, masa depan industri kewangan bergantung kepada tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu menghadapi transformasi digital dengan yakin.

“Melalui Program Akar, PayNet melahirkan bakat baharu dengan kemahiran praktikal, pendedahan industri secara langsung dan keyakinan untuk berdaya saing dalam dunia teknologi yang berubah pesat,” katanya pada Rabu.

Beliau berkata, PayNet juga memastikan kurikulum latihan dirangka selaras keperluan sektor kewangan negara, terutama dalam teknologi awan dan pembayaran digital yang semakin menjadi keperluan utama industri.

“Dengan Kohort 2 menunjukkan pencapaian memberangsangkan, PayNet akan terus memperkukuh kerjasama industri bagi memastikan jurang bakat kritikal dapat diisi secara berterusan,” jelasnya,

Artikel Berkaitan:

Program ini turut disokong Amazon Web Services (AWS) melalui penyediaan sumber latihan, teknologi awan dan kepakaran teknikal yang menjadi asas inovasi kewangan dan pembangunan kecerdasan buatan (AI) di Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif WEPS, Mughilen Rathakrishnan berkata, Program Akar sebagai landasan penting untuk membuka laluan kerjaya kepada generasi muda Malaysia.

“Malaysia sudah memiliki bakat luar biasa, namun mereka memerlukan platform yang betul. Program Akar menyediakan landasan tersebut untuk membimbing peserta memasuki dunia pekerjaan dengan kemahiran relevan dan permintaan tinggi,” ujarnya.

Beliau berkata, kerjasama WEPS bersama PayNet dan AWS membuktikan komitmen semua pihak dalam membangunkan tenaga kerja masa depan yang lebih kompeten dan bersedia menghadapi cabaran teknologi.

Ringkasan AI

  • PayNet meraikan graduasi 50 pelajar Program Akar Powered by AWS re/Start Kohort 2 dalam teknologi awan dan pembayaran digital
  • Peserta menerima empat sijil industri termasuk AWS Cloud Practitioner dan Sijil Pembayaran Digital
  • Program ini ditawarkan secara percuma untuk memperkukuh bakat teknologi dan memenuhi permintaan industri kewangan
  • Pelaksanaan Program Akar adalah melalui kerjasama dengan WEPS sebagai inisiatif nasional pertama PayNet
  • Kohort kedua melibatkan 100 peserta asal dan 50 terakhir dilatih di Asia Pacific University of Technology & Innovation dengan sokongan dari institusi kewangan utama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!