ADUN Karambunai kekal pembangkang, tidak sertai kerajaan Sabah – Muhyiddin

Muhyiddin (dua dari kanan) dan beberapa pemimpin yang menyertai sidang media Mesyuarat Sekretariat Orang Melayu pada Rabu.
Muhyiddin (dua dari kanan) dan beberapa pemimpin yang menyertai sidang media Mesyuarat Sekretariat Orang Melayu pada Rabu.
A
A
A

PUTRAJAYA – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai, Datuk Dr Aliakbar Gulasan tidak akan menyertai kerajaan Sabah.

Menurut Muhyiddin, perkara tersebut jelas berdasarkan maklumat yang dibentangkan dalam mesyuarat parti yang berlangsung pada Selasa.

“Setahu saya, (berdasarkan) maklumat yang ada, kalau dia Pas, dia kekal sebagai ADUN sahaja. Tidak ada penyertaan dalam kerajaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang media Mesyuarat Sekretariat Orang Melayu di sini pada Rabu.

Muhyiddin berkata demikian mengulas kedudukan Aliakbar di Sabah.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 baru-baru ini, Aliakbar yang bertanding atas tiket Pas berjaya memenangi kerusi DUN Karambunai dengan meraih 7,054 undi dalam pertandingan 11 penjuru, sekali gus menewaskan penyandang kerusi tersebut dari Barisan Nasional (BN), Datuk Yakub Khan.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menegaskan ADUN Karambunai Datuk Dr Aliakbar Gulasan tidak akan menyertai kerajaan Sabah
  • Keputusan ini didasarkan pada maklumat yang dibentangkan dalam mesyuarat parti
  • Muhyiddin menyatakan, jika Aliakbar dari Pas, dia akan kekal sebagai ADUN tanpa menjadi sebahagian daripada kerajaan
  • Komunikasi ini dibuat selepas Mesyuarat Sekretariat Orang Melayu
  • Aliakbar menang kerusi DUN Karambunai pada PRN Sabah ke-17 atas tiket Pas, mengalahkan Datuk Yakub Khan dari Barisan Nasional

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!