Hanya menang satu kerusi, PKR bedah siasat PRN Sabah

Selepas menunggu dua jam, petugas media gagal mendapatkan sebarang reaksi MPP yang hadir ke mesyuarat berkenaan.
Selepas menunggu dua jam, petugas media gagal mendapatkan sebarang reaksi MPP yang hadir ke mesyuarat berkenaan.
A
A
A

PUTRAJAYA - PKR sedang mengumpul pandangan dan dapatan awal berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang berlangsung baru- baru ini.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Seri Perdana pada Isnin.

"Dalam mesyuarat khas ini, MPP telah membincangkan dapatan awal bedah siasat PRN Sabah ke-17, termasuk isu-isu yang berkait prestasi kerusi-kerusi yang ditandingi PKR dan Pakatan Harapan," katanya dalam kenyataan selepas mesyuarat yang berlangsung hampir dua jam itu selesai.

Ujarnya, mesyuarat juga telah menerima taklimat ringkas Anwar yang juga Presiden PKR berhubung beberapa tindakan ekonomi terkini termasuk kenaikan had ambang e-invois dan lebihan cukai yang perlu dibayar balik lebih pantas.

Sementara itu, usaha petugas media untuk mendapatkan reaksi MPP gagal selepas kenderaan yang dinaiki mereka keluar menerusi pintu utama.

Pada PRN Sabah yang berlangsung bulan lalu, PKR menpertaruhkan 12 calon Dewan Undangan Negeri (DUN), bagaimanapun hanya memenangi satu kerusi saja di DUN Melalap.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • PKR sedang mengumpul pandangan berkaitan Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17
  • Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • MPP membincangkan isu prestasi kerusi PKR dan Pakatan Harapan dalam PRN Sabah
  • Anwar berikan taklimat tentang tindakan ekonomi termasuk kenaikan had ambang e-invois
  • PKR hanya memenangi satu kerusi di DUN Melalap dalam PRN Sabah yang lalu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!