Sukan SEA: Skuad hoki 5s lelaki sumbang emas pertama

KONTINJEN negara meraih pingat emas pertama di Sukan SEA Thailand selepas skuad hoki 5 sebelah (5s) lelaki menumpaskan Indonesia 7-3 di Bangkok hari ini.
Kemenangan itu juga mencatat sejarah apabila acara berkenaan dipertandingkan buat pertama kali di temasya dwitahunan itu.
Bertempat di Stadium Hoki RTAF, Malaysia mendahului 3-0 pada babak pertama sebelum menambah empat gol pada separuh masa kedua untuk mengesahkan kemenangan.
Indonesia sebelum ini mencipta sejarah memenangi pingat emas hoki dalam dewan pada Sukan SEA Kemboja 2023, menewaskan Malaysia 4-2 di final.
Malaysia mara ke final selepas membelasah Filipina 10-1 pada aksi separuh akhir pagi tadi.
Skuad negara menjaringkan lima gol setiap separuh masa, manakala gol tunggal Filipina hanya diperoleh pada separuh masa kedua.
Ringkasan AI
- KONTINJEN negara meraih pingat emas pertama di Sukan SEA Thailand selepas skuad hoki 5 sebelah lelaki menumpaskan Indonesia 7-3
- Kemenangan itu mencatat sejarah sebagai pertama kali acara itu dipertandingkan di Sukan SEA
- Malaysia mendahului 3-0 pada babak pertama dan menambah empat gol pada separuh masa kedua
- Indonesia memenangi pingat emas hoki dalam dewan pada Sukan SEA Kemboja 2023, menewaskan Malaysia di final
- Malaysia mara ke final setelah membelasah Filipina 10-1 pada aksi separuh akhir
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

