Cool Japan jangka tarik dua juta pelancong ke Jepun

Cool Japan bersama Takuya Hirai dan selebriti Malaysia, Jihan Muse.
Cool Japan bersama Takuya Hirai dan selebriti Malaysia, Jihan Muse.
A
A
A
COOL Japan yang singgah tiga hari di Malaysia sehingga 13 Januari baru-baru ini dijangka mampu menarik minat dua juta pelancong dari Malaysia berkunjung ke Jepun.

Dengan pelbagai aktiviti menarik sempena Pesta Pelancongan Jepun, bertemakan "Jepun dan Malaysia Masa Hadapan Bersama" itu, dilihat sebagai satu kaedah membawa solusi kreatif dan inovatif Jepun kepada dunia.

Menteri Negeri Cool Japan Strategy, Takuya Hirai berkata, dengan adanya pameran ini, lebih ramai pengunjung baharu akan melancong ke Jepun dengan adanya pelbagai aspek kebudayaan Jepun yang diminati pelbagai peringkat masyarakat di seluruh dunia dipamerkan di sini.

Menurutnya, pameran yang diserikan dengan kehadiran selebriti tempatan, Jihan Muse, selain dua lagi selebriti sosial media tempatan, Dennis Yin dan Nisa Kay, itu turut berkongsi minat serta pengalaman mereka berkaitan Jepun kepada pengunjung.

"Dalam program ini pengunjung berpeluang melihat kepelbagaian budaya diminati antaranya cool fashion, cool music, cool anime & manga, makanan serta pelbagai aspek budaya yang popular.

"Cool Japan menjadi kenyataan hasil usaha Pejabat Kabinet Jepun menerusi Menteri Negeri Cool Japan Strategy mempamerkan tarikan teknologi terkini Jepun yang dizahirkan menerusi kebudayaan, kecantikan dan perkhidmatan sosial," katanya yang turut hadir mengambil bahagian dalam sesi temubual bersama Jihan Muse menerusi topik "Jepun dan Malaysia" sempena Pesta Pelancongan Japan di Sunway Velocity Mall, baru-baru ini.

Takuya Hirai berkata, beliau bangga apabila Cool Japan memperkenalkan teknologi Realiti Maya (VR) yang membolehkan pengunjung menyaksikan sendiri tarikan Jepun menerusi pemandangan 360 darjah.

Jelasnya, video 360 darjah itu adalah berdasarkan konsep "Di mana Tradisi dan Inovasi Bertemu", selain mengetengahkan keunikan budaya dan pengalaman Jepun yang tidak terdapat di tempat lain.

"Pada masa sama, Pameran Anugerah Cool Japan Matching turut memperkenalkan projek-projek yang telah memenangi anugerah mewakili Jepun, menerusi kolaborasi dengan pelbagai industri di seluruh dunia.
Artikel Berkaitan:


"Tidak ketinggalan satu seminar turut diadakan di The Westin, Kuala Lumpur di mana tokoh-tokoh ternama dari Malaysia dan Jepun turut hadir berbincang untuk bekerjasama dalam pembangunan Cool Japan bagi membawa visi inovatif ini ke peringkat yang lebih tinggi," katanya.