ACLE: JDT terlepas tiga mata berharga

Jairo De Macedo (kiri) diasak oleh pemain Shanghai Port FC, Wei Zhen (kanan) pada Liga ACLE di Stadium Sultan Ibrahim pada Selasa. - Foto Bernama
Jairo De Macedo (kiri) diasak oleh pemain Shanghai Port FC, Wei Zhen (kanan) pada Liga ACLE di Stadium Sultan Ibrahim pada Selasa. - Foto Bernama
A
A
A

SKUAD Johor Darul Ta'zim (JDT) terlepas peluang untuk meraih mata berharga di laman sendiri apabila diikat tanpa jaringan ketika berdepan Shanghai Port FC pada aksi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Selasa.

Bermula garang sebaik wisel permulaan, JDT tidak menunggu lama untuk mencemaskan pintu gol pelawat menerusi percubaan Bergson Da Silva.

Bagaimanapun, percubaan penyerang kelahiran Brazil itu gagal menepati sasaran.

Minit ke-4, giliran seorang lagi penyerang skuad Harimau Selatan, Jairo Da Silva untuk membuka jaringan, namun rembatannya berjaya diselamatkan penjaga gol, Chen Wei.

Seminit berselang, JDT sekali lagi hampir membuka jaringan, namun percubaan Nacho Mendez hanya sipi melepasi palang gol.

Minit ke-24, JDT sekali lagi hampir menjaringkan gol, namun percubaan tonggak pertahanan, Antonio Glauder gagal menewaskan Chen Wei.

Pelawat yang sesekali mengasak nyaris mengejutkan tuan rumah apabila percubaan Melendo Oscar gagal sekadar melintas di depan gawang sebelum keluar.

JDT hampir menjaringkan gol pada minit ke-32, namun rembatan deras Nacho Méndez berjaya ditepis keluar Chen Wei sebelum dia sekali lagi melayangkan badan bagi menepis percubaan Bergson seminit berselang.

Hasil satu serangan balas, penyerang The Red Eagle, Gabriel Souza berjaya melepasi kawalan benteng pertahanan skuad Harimau Selatan itu dengan larian pantas, namun percubaannya berjaya diselamatkan Ahmad Syihan Hazmi.

Artikel Berkaitan:

Kesebelasan JDT ketika berdepan Shanghai Port FC pada aksi Liga ACLE di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Selasa. - Foto Johor Southern Tigers
Kesebelasan JDT ketika berdepan Shanghai Port FC pada aksi Liga ACLE di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Selasa. - Foto Johor Southern Tigers

Tiada tambahan jaringan berjaya dihasilkan pada penghujung babak pertama, sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan menuju bilik persalinan.

Babak kedua menyaksikan JDT meneruskan asakan demi asakan berbahaya ke pintu gol lawan.

Namun, asakan tersebut dilihat gagal menepati sasaran selain berjaya dikekang benteng pelawat.

Skuad Harimau Selatan itu hampir memecahkan kebuntuan pada minit ke-56, namun rembatan Bergson berjaya diselamatkan Chen Wei.

Minit ke-62 menyaksikan percubaan Jairo pula terkena tiang sebelum melantun keluar.

Minit ke-73 menyaksikan JDT hampir membuka jaringan, namun percubaan Nacho Mendez dilihat gagal merobek gawang pelawat walaupun Chen Wei telah tertewas.

Penghujung perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan terus buntu untuk meledak jaringan dan menyaksikan kedudukan kekal hingga ke wisel penamat.

JDT dibarisi pemain Ahmad Syihan Hazmi, Antonio Glauder, Jonathan Silva, Oscar Arribas, Raul Parra, Eddy Israfilov (kapten), Afiq Fazail (Shane Lowry) Natxo Insa (Teto Martin), Nacho Mendez (Manjel Hidalgo) Jairo Da Silva dan Bergson Da Silva (Celso)

Shanghai Port FC pula diwakili Chen Wei, Wang Shenchao (kapten), Zhang Linpen, Mateus Vital, (Yang ShiYuan), Wei Zhen, Li Shenglong (Lyu Wenjun), Melendo Oscar, Mateus Jussa, Jojo Alexander, Gabriel De Souza dan Li Shuai.

Ringkasan AI

  • SKUAD JDT gagal meraih mata berharga apabila seri tanpa gol dengan Shanghai Port FC dalam Liga Juara-Juara AFC
  • JDT aktif memulakan serangan, namun percubaan daripada Bergson Da Silva dan Jairo Da Silva gagal membuahkan gol
  • Percubaan Nacho Mendez dan Antonio Glauder juga tidak berhasil menjaringkan gol bagi JDT
  • Penjaga gol Shanghai Port, Chen Wei berjaya menyelamatkan pelbagai percubaan jaringan daripada pemain JDT
  • Kedudukan kekal seri tanpa jaringan hingga wisel penamat walaupun JDT terus menyerang di babak kedua

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!