Nahas ambulans: Tayar belakang pecah sebelum terbabas

KLUANG - Tayar belakang kiri pecah sebelum terbabas dipercayai menjadi punca kemalangan sebuah ambulans yang mengorbankan nyawa pemandu kenderaan itu di Kilometer 58.9, Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima maklumat nahas pada jam 1.03 petang.
"Hasil siasatan awal mendapati, ambulans yang dipandu Nurazrein Zainal, 43, dalam perjalanan dari arah Segamat menghala ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.
"Sampai di tempat kejadian, tayar ambulans bahagian belakang kiri telah pecah dan hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan kiri," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, akibat kemalangan tersebut Nurazrein cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di Hospital Enche’ Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini.
Katanya, dua jururawat, Dahlia Atan, 25, cedera parah pada bahagian kepala manakala Siti Rokiah Hassan, 35, cedera pada bahagian kaki sementara pesakit, V Amutha, 45, cedera di bahagian kepala.
Bahrin memberitahu, ketiga-tiga mereka kini sedang mendapatkan rawatan di HEBHK.
Tambah beliau,kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ringkasan AI
- Tayar belakang kiri ambulans pecah menyebabkan kemalangan yang meragut nyawa pemandu
- Kemalangan berlaku di Kilometer 58.9, Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan
- Pemandu ambulans, Nurazrein Zainal, 43, meninggal dunia akibat cedera parah di kepala
- Dua jururawat dan seorang pesakit turut cedera dalam kemalangan itu
- Kes kemalangan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

