Perodua Myvi terbakar di Lebuhraya Link Kedua

ISKANDAR PUTERI – Sebuah kereta terbakar di Kilometer (KM) 19.6 Lebuhraya Link Kedua dari Perling menghala ke Pontian di sini pada Selasa.
Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan Satu, Hairulnizam Mohd Noh berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 9.04 pagi.
Menurutnya, sebaik menerima panggilan, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dengan tujuh anggota bomba dihantar ke lokasi sejauh lapan kilometer.
“Setibanya anggota bomba ke lokasi pada jam 9.13 pagi, didapati kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dengan kemusnahan dianggarkan sebanyak 65 peratus.
“Anggota bomba kemudiannya menggunakan satu aliran 'hose reel' dan satu gulung 'hose' bagi membantu memadamkan kebakaran,” katanya.

Hairulnizam berkata, kebakaran itu turut mengakibatkan seorang penunggang motosikal cedera apabila motosikal jenis Yamaha XMax yang ditungganginya terbabas.
Bagaimanapun katanya, penunggang motosikal itu telah diserahkan kepada pihak ambulans bagi menerima rawatan.
“Kemalangan turut melibatkan sebuah kereta jenis Nissan Sentra dan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux, namun tidak melibatkan mangsa,” katanya.
Tambah beliau, kebakaran berjaya dikawal pada jam 9.56 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya jam 9.57 pagi.
Ringkasan AI
- Sebuah kereta terbakar di Lebuhraya Link Kedua dari Perling ke Pontian
- Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri menerima panggilan kejadian pada jam 9.04 pagi
- Setibanya ke lokasi kejadian pada jam 9.13 pagi, didapati kereta jenis Perodua Myvi kemusnahan sebanyak 65 peratus
- Seorang penunggang motosikal cedera apabila terbabas dan telah diserahkan kepada pihak ambulans
- Kebakaran dikawal pada jam 9.56 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.57 pagi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
