Perlis beri bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam negeri

KANGAR - Kerajaan Negeri Perlis bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam negeri termasuk kakitangan kontrak bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka.
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, bantuan itu akan dibayar pada Januari tahun depan.
"Kerajaan negeri berharap agar penjawat awam dapat meningkatkan tahap produktiviti, kecekapan serta kualiti hasil kerja selaras dengan penambahbaikan yang diterima demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan memperkukuh tadbir urus kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa membentangkan Belanjawan Perlis 2026 bertemakan ‘Perlisku Bestari Rakyat Sejahtera’ pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks Seri Putra di sini pada Selasa.
Sementara itu, Mohd Shukri berkata. penstrukturan semula gaji penjawat awam negeri itu melalui pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Fasa 2 yang akan berkuat kuasa Januari 2026 melibatkan penambahan sebanyak RM3.28 juta. - Bernama
Ringkasan AI
- Kerajaan Negeri Perlis memberikan Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada semua penjawat awam negeri
- Bantuan akan dibayar pada Januari tahun depan
- Tujuan bantuan untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan kualiti hasil kerja penjawat awam
- Mohd Shukri Ramli membentangkan Belanjawan Perlis 2026
- Penstrukturan semula gaji penjawat awam negeri melalui SSPA Fasa 2 dengan penambahan RM3.28 juta berkuat kuasa Januari 2026
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
