8 maut, 6 cedera bas kecil terjunam dalam gaung di Bolivia

LA PAZ - Sekurang-kurangnya lapan orang maut dan enam lagi cedera pada Isnin selepas sebuah bas kecil terjunam ke dalam gaung di sepanjang Jalan Yungas yang terletak di dalam wilayah pentadbiran La Paz, menurut jabatan bomba negara, lapor Xinhua.
"Lapan orang maut dan enam cedera. Antara yang terkorban ialah seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun,” kata pengarah jabatan itu, Pavel Tovar.
Hujan yang melanda baru-baru ini menyebabkan jalan licin dan kawasan itu turut diselubungi kabus tebal, manakala pemandu dipercayai hilang kawalan akibat keadaan jalan yang buruk, katanya.
Menurut laporan awal, bas kecil yang turut membawa muatan daun koka itu tiba-tiba terbabas dan terjatuh ke dalam gaung sebelum mendarat di dasar sungai.
Anggota bomba dan sukarelawan mengambil masa berjam-jam untuk menyelamatkan mangsa terselamat dan mengeluarkan mayat. - Bernama-Xinhua
Ringkasan AI
- Lapan orang maut termasuk kanak-kanak dalam kemalangan bas di Jalan Yungas, La Paz
- Bas terjunam ke dalam gaung setelah hilang kawalan akibat jalan licin dan kabus tebal
- Kejadian disebabkan oleh cuaca buruk termasuk hujan yang menyebabkan jalan menjadi licin
- Enam orang cedera dalam kemalangan tersebut
- Anggota bomba dan sukarelawan terlibat dalam operasi penyelamatan dan pengeluaran mayat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
