MetMalaysia: Hujan berterusan dijangka landa beberapa kawasan di Sarawak sehingga esok

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Isnin mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sarawak sehingga esok.
Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip dalam kenyataan memaklumkan hujan berterusan tahap buruk membabitkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong.
Bagi amaran hujan berterusan tahap waspada pula, beliau berkata ia melibatkan Sri Aman (Lubuk Antu), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca atau menerusi platfom media sosial jabatan itu, selain menghubungi talian hotline1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan. - Bernama
Ringkasan AI
- MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada di Sarawak sehingga esok
- Hujan berterusan tahap buruk membabitkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong
- Amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan Sri Aman (Lubuk Antu), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi)
- Maklumat cuaca terkini boleh diperoleh melalui laman web MetMalaysia, aplikasi myCuaca atau media sosial
- Orang ramai boleh menghubungi talian hotline MetMalaysia untuk sebarang pertanyaan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
