Ribut petir, hujan lebat diramal landa empat negeri, Labuan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan empat negeri dan Labuan sehingga 1 tengah hari ini.
Menurut kenyataan pada 8.55 pagi, MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Pahang (Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera) serta Johor melibatkan kawasan Mersing dan Kota Tinggi.
Amaran sama turut dikeluarkan bagi negeri Sarawak (Kuching, Serian (Serian), Samarahan, Sri Aman (Sri Aman) dan Betong (Pusa dan Betong) serta Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Kuala Penyu).
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang berkuat kuasa untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran. - Bernama
Ringkasan AI
- MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang untuk empat negeri dan Labuan
- Cuaca buruk dijangka melanda bahagian Pahang dan Johor
- Amaran sama dikeluarkan untuk Sarawak dan Sabah
- Amaran dikeluarkan untuk fenomena cuaca dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam selama sejam
- Amaran ribut petir adalah jangka pendek, berkuat kuasa tidak melebihi enam jam
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
