Letupan gegarkan kota Syria

DAMSYIK - Satu letupan menggegarkan ibu kota Syria, Damsyik pada Ahad, menurut saksi tempatan, lapor Xinhua.
Media tempatan berkata, letupan itu berpunca daripada bom bunyi berhampiran Jambatan Kebebasan yang sebelum ini dikenali sebagai Jambatan Presiden di pusat bandar.
Tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan.
Letupan itu berlaku ketika Syria bersiap untuk acara memperingati ulang tahun pertama kejatuhan kerajaan Presiden Bashar al-Assad.
Langkah keselamatan diperketatkan di Damsyik dan bandar-bandar lain ketika rakyat Syria berkumpul di seluruh negara bagi memperingati 8 Disember 2024 iaitu ketika serangan pantas pejuang Hayat Tahrir al-Sham dan kumpulan sekutu memasuki ibu kota selepas kemaraan dari utara Syria, memaksa Assad melarikan diri ke Rusia.- Bernama -Xinhua
Ringkasan AI
- Letupan dilaporkan berlaku pada Ahad dan menggegarkan ibu kota Syria, Damsyik
- Letupan itu berpunca daripada bom bunyi berhampiran Jambatan Kebebasan
- Tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan
- Kejadian berlaku ketika Syria bersiap untuk acara memperingati ulang tahun pertama kejatuhan Bashar al-Assad
- Langkah keselamatan diperketatkan di Damsyik dan bandar-bandar lain
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
