'Terima kasih orang baik' - Nur Qasehku hilang dua bulan ditemui selamat

Nur Qasehku ditemukan dalam keadaan baik. Foto FB Nurhazlin
Nur Qasehku ditemukan dalam keadaan baik. Foto FB Nurhazlin
A
A
A

MELAKA - Remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak 3 Oktober lalu akhirnya ditemui selamat selepas dua bulan usaha pencarian dijalankan.

Ibunya, Nurhazlin Mohd Nor, 44, berkata, anaknya, Nur Qasehku Suhaimi ditemukan dalam keadaan baik selepas dihubungi sepasang suami isteri pada Sabtu.

Keadaan Qaseh yang dikongsikan ibunya di Facebook.
Keadaan Qaseh yang dikongsikan ibunya di Facebook.

“Terima kasih kepada orang baik. Nur Qaseh sudah saya temui dalam keadaan baik. Syukur kepada ALLAH SWT kerana menemukan kami kembali. Qaseh kini bersama saya dan sudah mendapatkan rawatan sepatutnya.

“Terima kasih kepada sepasang suami isteri yang menghubungi saya pada jam 6.30 petang, Sabtu di Cheras Batu 9. Saya bergegas ke Kuala Lumpur dan mengambil anak saya semula. Keadaan anak saya sihat, cuma agak kurus. Apa pun saya mohon maaf kerana menyusahkan banyak pihak. Berkat doa orang ramai, syukur yang tidak terhingga,” katanya.

Laporan Sinar Harian berhubungan kehilangan Qaseh pada November lalu.
Laporan Sinar Harian berhubungan kehilangan Qaseh pada November lalu.

Pada November lalu, polis meminta bantuan orang awam bagi mengesan remaja berkenaan yang kali terakhir dilihat di hadapan kedai serbaneka 7-Eleven di Jalan Seri Krubong 2.

Artikel Berkaitan:

Nurhazlin memaklumkan anaknya keluar tanpa membawa telefon bimbit menaiki motosikal untuk membeli minuman ‘air cap badak’ selepas mengadu sakit perut dan kepala kira-kira jam 4.30 petang.

Bagaimanapun, pekerja kedai serbaneka berkenaan yang mengenali Qaseh memaklumkan bahawa remaja itu tidak masuk ke dalam premis tersebut.

Sejak kehilangannya, Nurhazlin turut membuat hebahan di media sosial bagi memohon bantuan orang ramai menjejaki anaknya.

 

 

Ringkasan AI

  • Remaja perempuan berusia 15 tahun yang menghadapi masalah kesihatan mental ditemui dalam keadaan selamat
  • Ibunya, Nurhazlin Mohd Nor, melaporkan anaknya, Nur Qasehku Suhaimi, ditemukan selepas dihubungi suami isteri
  • Anaknya kini bersama ibunya dan sudah menerima rawatan yang sepatutnya
  • Nur Qaseh kali terakhir dilihat di hadapan kedai serbaneka 7-Eleven sebelum dilaporkan hilang
  • Nurhazlin telah membuat hebahan di media sosial untuk mencari anaknya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!