Lebih sebulan Nur Qasehku hilang

Polis meminta bantuan orang awam untuk mengesan seorang remaja perempuan, Nur Qasehku Suhaimi, 15, yang dilaporkan hilang lebih sebulan lalu.
Polis meminta bantuan orang awam untuk mengesan seorang remaja perempuan, Nur Qasehku Suhaimi, 15, yang dilaporkan hilang lebih sebulan lalu.
A
A
A

MELAKA – [DIKEMAS KINI] Polis meminta bantuan orang awam untuk mengesan seorang remaja perempuan, Nur Qasehku Suhaimi, 15, yang dilaporkan hilang lebih sebulan lalu.

Remaja itu yang menghadapi masalah mental dilaporkan hilang pada 3 Oktober lalu dan kali terakhir dilihat berada di hadapan kedai 7-Eleven, Jalan Seri Krubong 2.

“Dia mempunyai ketinggian 161 sentimeter, berat 50 kilogram dan berbadan kurus.

“Ketika kejadian, mangsa dipercayai memakai T-shirt hitam, seluar hitam dan berambut botak,” menurut hebahan orang hilang yang dikongsikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.

Polis memaklumkan usaha mengesan remaja tersebut masih diteruskan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.

Sementara itu, ibu mangsa, Nurhazlin Mohd Nor, 44 berkata, anaknya keluar tanpa membawa telefon bimbit dan menaiki motosikal ke kedai serbaneka itu untuk membeli minuman ‘air cap badak’ selepas mengadu sakit perut dan kepala pada kira-kira jam 4.30 petang.

“Saya bawa dia ke pejabat, kemudian dia beritahu sakit kepala dan mahu minum air cap badak. Saya kata tunggu sekejap kerana mahu siapkan sedikit kerja.

“Saya tak sangka dia sudah naik motor dan pergi ke 7-Eleven dengan duit pun dia tak bawa. Saya minta seorang lagi anak pergi tengok dan dia nampak motosikal dan kunci masih ada, tetapi Qaseh tidak ditemui,” katanya.

Katanya, pekerja kedai serbaneka berkenaan mengenali anaknya namun memaklumkan bahawa remaja itu tidak masuk ke dalam kedai.

Artikel Berkaitan:

“Mereka memang kenal anak saya sebab saya selalu bawa dia ke sana. Pada hari kejadian, pekerja di situ beritahu Qaseh tak masuk kedai.

“Kami sudah cari kawasan sekitar tetapi tak jumpa. Saya tak buat laporan polis terus sebab kena tunggu 24 jam,” katanya.

Ibu kepada empat anak itu berkata, dia sudah membuat hebahan di Facebook namun masih belum menerima sebarang petunjuk positif.

“Ini kali kedua anak saya hilang. Kali pertama tahun lalu tapi dia ditemui semula selepas sembilan hari di Johor Bahru.

“Kali ini saya syak mungkin ada orang ‘simpan’ dia. Saya tak tahu keadaan dia bagaimana. Dia sakit dan perlu makan ubat. Sampai sekarang kami tak jumpa apa-apa petunjuk,” katanya.

Dia berharap bantuan orang ramai menjejaki anaknya kerana risaukan keselamatan remaja itu yang sebelum ini diberikan perhatian penuh kerana memerlukan ubat berkaitan masalah kesihatan mental.

Orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Veramuthu di talian 013-4574988 atau melaporkannya di balai polis berhampiran.

 

 

Ringkasan AI

  • Polis Melaka meminta bantuan umum untuk mencari Nur Qasehku Suhaimi, remaja 15 tahun yang hilang lebih sebulan lalu
  • Nur Qaseh yang menghadapi masalah mental, hilang pada 3 Oktober di hadapan kedai 7-Eleven, Jalan Seri Krubong 2
  • Remaja itu mempunyai tinggi 161 sentimeter, berat 50 kilogram, berambut botak dan terakhir dilihat memakai T-shirt dan seluar hitam
  • Ibunya, Nurhazlin Mohd Nor, berkata anaknya pergi membeli minuman tanpa membawa telefon bimbit setelah mengadu sakit perut dan kepala
  • Ini adalah kali kedua Nur Qaseh hilang, sebelum ini pernah ditemui semula setelah sembilan hari hilang tahun lalu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!